Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 30 Oktober 2009

jangan sedih jika ada orang yang menjilat ludahnya kembali


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, semalam mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuat kuasa serta-merta dan akan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Dilaporkan oleh lidah UMNO, Berita Hairan.

"Beliau harus sedar bahawa, kegagalan kepimpinan dan sikapnya sendirilah yang menjadi sebab utama punca masalah di Dun Pelabuhan Klang dan sangat tidak wajar serta matang, menyalahkan pihak lain khususnya YAB MB Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor," kenyataan Ketua AMK, Cabang Klang, Irwan Ismail dipetik dari sini.

Allah S.W.T mencela orang yang imannya seperti lalang dan tidak tetap pendirian seperti Badrul Al Katak ini dan orang yang sekutu dengannya.

Allah Berfirman dalam Surah Al Hajj pada Ayat 11 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, " Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi[980]; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang[981]. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata." ShodaqALLAHul'Azim.

[980]. Maksudnya: tidak dengan penuh keyakinan dan berpendirian yang sering berubah-ubah.

[981]. Maksudnya: kembali menjadi kafir lagi atau berpaling tadah.

Allah Berfirman lagi dalam Surah Luqman pada Ayat 23 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan barangsiapa kafir maka kekafirannya itu janganlah menyedihkanmu. Hanya kepada Kami-lah mereka kembali, lalu Kami beritakan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

3 ulasan:

  1. .... katak oh katak, kenapa kau panggil hujan, macamana aku tak panggil hujan, ular bernama UMNO nak makan aku ....

    BalasPadam
  2. YB Badrul Hisham berhijrah dari kesesatan kepada kebenaran.

    BalasPadam
  3. Badrul bagi alasan yg paling teruk keluar dari PR,alasan kes liwat,kenapa pula dia kecoh dia yg kena liwat kah ATAU dia yang meliwat?Moral apa di join UBN tu,moral BN baikkah?kes C4,TBH,Politik wang,video seks,habuan seks,seks hadari dll..mungkin kalau c badrul join UMNO dia akan bawa UMNO keluar BN pasal BN moral buruk....bodorul u jangan jadi ADUN lah jadi cikgu pendidikan moral kah baru sesuai....KALAU LU BERANI LU RESIGN DARI ADUN LAH BIAR PENGUNDI UNDI BALIK KAWASN TU..

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia