Menteri Besar kita yang sah, YAB Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin begitu semangat menyampaikan ucapan mengenai isu-isu terkini dengan melontarkan beberapa rangkap pantun sebagai mukaddimah ucapannya.
Speaker Halal Perak juga selaku ADUN Tronoh, YB Sivakumar dan ADUN Sitiawan, YB Ngeh Ko Ham turut hadir menyerikan majlis.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang hadir. Turut kelihatan ADUN Titi Serong, YB Drs Khalil Idham Lim juga aktivis blogger "Cina Islam".
Komited sungguh Ketua Pemuda PAS Perak kita ni, Ustaz Zawawi Hassan turut hadir walaupun siang tadi berada di program futsal Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur di Menglembu.
Pengerusi PKR Perak, Saudara Mustafa Kamil Ayub sedang rancak berbual dengan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abu Bakar Hussain.
ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Li Kang turut hadi menyerikan Majlis Jamuan hari Terbuka Pakatan Rakyat Perak 2009 ini.
vokalis kumpulan nasyid Hijratul Amal dari PAS Kawasan Ipoh Barat dengan bersemangat sedang menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Rabbani yang berjudul "Intifada".
Ribuan pengunjung yang cintakan kerajaan adil dan telus Pakatan Rakyat Perak membanjiri perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri malam semalam khusyuk mendengar ucapan dan ceramah dari pimpinan Pakatan Rakyat Perak.
Medan Istana, IPOH , 26 Okt - Jamuan Hari Terbuka Pakatan Rakyat Perak 2009 semalam disambut meriah oleh ribuan masyarakat dari pelbagai lapisan kaum yang datang dari seluruh pelusuk Negeri Perak, membuktikan komitmen mereka kepada Kerajaan yang adil dan benar yang telah dirampas oleh kerajaan lanun yang zalim, UMNO/BN yang diketuai oleh seorang budak hitam, Zambry Kader yang didalangi oleh, Najib "The Assasin" Razak.
Majlis yang bermula seawal jam 8 malam itu dihadiri oleh kebanyakan Pimpinan Pakatan Rakyat Perak. Pengerusi PKR Negeri, Saudara Mustafa Kamil Ayub, YAB Menteri Besar kita, Hj Nizar Jamaluddin dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat turut tampil memberikan ucapan dan sedikit info mengenai isu-isu terkini dan info tentang sidang DUN yang akan berlangsung pada 28 Oktober ini. Pesanan Hj Nizar, supaya kita sebagai pendokong Kerjaan Pakatan Rakyat Perak dapat mendirikan solat hajat dan munajat pada Allah S.W.T agar ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dapat masuk ke dalam Dewan dengan selamat dan terhindar dari insiden yang tidak diingini sebagaimana sidang-sidang DUN sebelum ini.
Majlis jamuan ini ditambah lagi dengan kemeriahan apabila para hadirin disajikan dengan persembahan pentas dari kaum Tionghua dengan nyanyian dan tarian, juga persembahan nyanyian tradisional India dan juga diserikan dengan alunan selawat dan nasyid dari kumpulan Nasyid PAS dari Kawasan Ipoh Barat yang bernama Hijratul Amal. Walaupun baru seminggu kumpulan ini ditubuhkan sebagaimana didakwa oleh mereka sendiri namun persembahan mereka nampak mantap, tak macam seminggu pun. Apa pun hangpa semua best, syabas !!!!
Pelbagai jenis jamuan hari raya disediakan termasuk lemang yang menjadi favourite mAklonG. Apa lagi ngap laaa. Sebenarnya mAklonG tiba di majlis ini bukan sekadar untuk menjamu selera saja tapi kami AJK dari PAS Kawasan Ipoh Timur ditugaskan untuk mengemas dan membersihkan kawasan jalan yang menjadi tapak khemah-khemah jamuan di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Negeri.
Jamuan yang meriah ini berakhir dan berjaya dilangsungkan hingga berakhir pada jam 1 pagi. Letihnya ya amat .... Kepada semua yang terlibat yang menjayakan majlis, khususnya AJK Kawasan Ipoh Timur, semoga Allah Memberkati gerak kerja juang kita, insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan