Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Khamis, 15 Oktober 2009
Ziarah Mahabbah DMPK Ipoh Timur
Petang tadi Lajnah Kebajikan DMPK Ipoh Timur mengadakan ziarah ke wad 3 A Hospital Tuanku Bainun, Ipoh untuk melawat Ketua Cawangan PAS Kg. Pasir Puteh Tambahan yang uzur. Beliau yang dimasukkan ke hospital sebaik saja pulang berkempen dari Bagan Pinang. mAklonG dan warga DMPK Ipoh Timur mendoakan agar Pak Salleh (ayahanda kepada Saudara Salman Salleh selaku Naib Ketua Pemuda DPPPk) cepat sembuh dan dapat bergerak aktif semula. Amin. Ziarah Mahabbah yang berlangsung selama setengah jam itu diakhiri dengan bacaan doa oleh pAklonG. DMPK juga memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban perbelanjaan perubatan Pak Salleh.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Aku mendengar Rasulullah bersabda, 'Hak seorang muslim terhadap muslim lainnya itu ada lima perkara. Iaitu, menjawab salam, menjenguk orang yang sakit, mengantarkan jenazah, mengabulkan undangan, dan mendoakan orang yang bersin." (HR Bukhari)
WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kami blogger PAS Gopeng mendoa kan semuga cepat sembuh. Amin. Yg pakai tudung bawal hitam tu pasti maklong kan. Tembak aje
BalasPadambukan .... hehehehe tapi mAklonG memang ada kat situ. pAklonG yang tulong amik gambo
BalasPadamyang tudung hitam solo lagi, kalau berkenan boleh mAklonG rekomenkan. Syarat UTAMA kena orang jema'ah le .... hehehehe
BalasPadam