Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 16 Oktober 2009

Semoga UMNO cepat ditalkinkan. Amin .....


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pihak yang tidak sabar ‘mentalkinkan’ UMNO sedangkan parti itu akan bangkit kembali sebagai organisasi yang lebih kuat dan berpadu selepas menghadapi cabaran. Berita beriya-riya ni di sini.

Kalau umur manusia 63 tahun (1946-2009 : sejak UMNO ditubuhkan hingga sekarang) tu kira dah tunggu masa untuk ditalkinkan. 63 tahun itu lah dia usia UMNO dan dah 52 tahun makhluk bernama UMNO ni dah bekerja (1957-2009 : semenjak UMNO memerintah Tanah Melayu sehinggalah jadi nama Malaysia pada 1963 hingga sekarang). Bayangkanlah kalau umur manusia macam tu, boleh bangkit dengan laju dan cergas ke ?

Ingatlah akan Firman Allah dalam Surah Yunus pada Ayat 49 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal[696]. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)." ShodaqALLAHul'Azim.

[696]. Yang dimaksud dengan ajal ialah, masa keruntuhannya.

Teringat mAklonG pada kata-kata mak sedara kata kat kampung dulu bila mana beliau menasihati pak sedara mAklonG, yang mana ketika itu pakcik punya lah bersemangat masih mahu bekerja sedangkan umurnya di ketika itu dah mencecah 59 tahun dan pakcik masih lagi berdegil ingin terus bekerja, walaupun diketika itu pakcik sedang dicengkam sakit jantung. "Awak tu dah tua buat la cara tua. Tak payah le susah payah kerja, anak-anak kan ada.", nasihat makcik. "Kita ni bukannya kerja GOMEN, tak de pencen." balas pakcik.

Apa-apa pun Al Fatihah untuk pakcik mAklonG tu. Al Fatihah ....
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia