Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 19 Oktober 2009

bukti UMNO ragu ragu dengan mandat rakyat Negeri Sembilan

N9 - Pakatan Rakyat, dalam masa terdekat, tidak perlu berangan-angan untuk bertarung lagi pada pilihan raya kecil di dua DUN di Negeri Sembilan selepas gagal di Bagan Pinang.

Umno Kuala Pilah dan Seremban masing-masing menafikan desas-desus di internet bahawa ADUN Johol dan Lenggeng akan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihan raya kecil. Berita lagi di sini.

Jika benar UMNO/BN masih lagi diberi mandat
oleh rakyat Negeri Sembilan, sebagaimana yang di
didakwa oleh mereka. Ceritanya di sini. Jadi puak-
puak pengecut ni tak perlu takut untuk menghadapi PRK di Johol dan Lenggeng. Tenyata UMNO/BN
takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.
Kuda tunggangan UMNO/BN, SPR juga menolak surat perletakan jawatan bagi wakil rakyat Johol agar semahu-mahunya mereka enggan mengadakan PRK di DUN itu.

Apa-apa pun, bagi kita sebagai pendokong Kerajaan Pakatan Rakyat dapat bersedia dari segi persiapan jentera MTD, UPU bagi menghadapi kemungkinan PRK bakal terjadi dan juga jangan lupa pembubaran DUN Perak kemungkinan akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah An Nisaa pada Ayat 71 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Wahai orang-orang yang beriman, bersiap sedialah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!" ShodaqALLAHul'Azim.

Medan Pertempuran di atas bermaksud, medium atau medan pertembungan antara yang Hak dan yang bathil. Dalam erti kata lain dalam zaman kita sekarang ialah, pilihanraya !!!!

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia