Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 31 Oktober 2009

Isu sebat Kartika : UMNO sengaja melengah-lengahkan, agar kes ditutup


MELAKA - Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor atas kesalahan minum arak masih tidak dapat dijalankan kerana Jabatan Penjara masih belum mendapat perintah daripada Mahkamah Syariah Kuantan. Lagi di sini.

UMNO/BN sengaja melambat-lambatkan atau buat-buat lupa kes ini agar ianya ditutup. Memang parti UMNO ni barua kompeni kafir Inggeris, penggalak peminum arak lepas bebas. Tapi ingat balasan Allah tetap akan menanti mereka di akhirat kelak. Kartika yang terpanggil untuk dihadapkan ke pengadilan Syariah Islam kerana takut akan hukuman Allah yang akan menantinya di alam akhirat nanti.

Arak merupakan ibu segala maksiat kerana dengan berpunca meminum arak, mabuk maka segala jenis maksiat akan terlahir selepas seseorang itu mabuk dan hilang kewarasan akalnya. Ini merujuk kepada kisah Ubaidillah bin Umar Al-Khattab yang dihukum sehingga mati akibat meminum arak. Ingatlah, pesalah yang dikenakan hukuman Syariat Islam yang sebenar akan terlepas dari azab Allah S.W.T di akhirat kelak dan mereka akan berbahagia di dalam syurga sebagaimana yang dialami oleh Ubaidillah.

Sebuah hadis yang menerangkan tentang hukuman bagi peminum arak : "Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah didatangkan seorang yang telah minum arak, lalu memukulnya (sebat) dengan dua pelepah kurma sekitar empat puluh kali. Perawi berkata: Abu Bakar juga melakukan demikian. Pada masa Umar, ia bermusyawarah dengan orang-orang, lalu Abdurrahman Ibnu 'Auf berkata: Hukuman paling ringan adalah lapan puluh kali. Kemudian Umar memerintahkan untuk melaksanakannya." (HR Muttafaq Alaihi)

Satu lagi hadis tentang hukuman peminum arak : Dari Muawiyyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda tentang peminum arak: "Apabila ia minum, sebatlah dia; bila minum lagi, sebatlah dia; bila ia minum untuk yang ketiga kali, sebatlah dia; lalu bila ia masih minum untuk keempat kali, pancunglah lehernya." (HR Ahmad)

Ini bererti, dosa peminum arak amatlah berat dan besar. WAllahua'alam ....

2 ulasan:

  1. Sebat orang-orang yang dok atas tu dulu ....

    BalasPadam
  2. sufisufiahnahrawiKhamis, 05 November, 2009

    Sebat kalau itu pengajaran sebaiknya dan itu adalah dari Al-Kitab.

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia