Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Ahad, 18 Oktober 2009

Apabila Perintah Allah Tidak Dilaksanakan ....


KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu. Beritanya di sini.

Inilah akibatnya jika hukum Allah tidak dilaksanakan. Jika hukum hudud dan ta'zir diwartakan sudah tentu perkara ini tidak terjadi.

Allah Berfirman dalam Surah An Nur pada Ayat 2 yang bermaksud : A'uzubILLAHIi minas syaitonirrojim. "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman." ShodaqALLAHul'Azim.

Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda : Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu tentang kisah pelaku zina, Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Pergilah, wahai Unais, menemui perempuan orang ini. Jika ia mengaku, rejamlah ia." (HR Muttafaq Alaihi)

Dalam kaedah fikh jinayah dera di atas bermaksud rotan dan sebat. Tapi di Malaysia bagaimana? Anda boleh rujuk di sini (fail pdf) untuk hukuman berkenaan zina atau jenayah seksual di Malaysia. Dengan mudahnya undang-undang Allah itu dilanggar dan dipandang mudah, lantaran itu lahirlah anak-anak haram dan luar nikah di Malaysia ni.

Sebut pasal anak haram ni, teringat pulak dengan kerajaan haram. Satu di Israel dan satu lagi di negeri teman ni. heheehehe gamaknya mat kicap tu pun anak haram tak ????

WAllahua'alam....

1 ulasan:

  1. Malaysia bukan setakat kilang anak haram. Macam-macam haram ada.

    1. Lumba Haram
    2. Ceti haram
    3. MB Haram
    4. Kerajaan Haram
    5. Judi Haram

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia