Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 29 Oktober 2009

PEDANG ini yang akan menegur mu ....


Tolong tamatkan isu kerajaan perpaduan dengan UMNO !!!! Ini peringatan dari mAklong. Itu pun kalau anda semua nak mendengar dan mematuhinya. Mari kita sama-sama renungkan Ayat yang menegaskan tentang larangan Allah S.W.T kepada supaya JANGAN bersekongkol dan berbaik sangka dengan musuh yang terang-terangan dan secara bersembunyi memusuhi serta menentang perjuangan Islam.

Allah Berfirman dalam Surah Mumtahanah pada Ayat yang Pertama yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keredhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus."ShodaqALLAHul'Azim.

Adakah kita mahu menjadikan seorang yang sesat untuk dijadikan pemimpin? Kalau kita perhatikan potongan Ayat di atas, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu, mari kita ambil iktibar bahawa bukan sekali UMNO/BN menendang kita sebaik saja kita ingin berdamai dengan mereka. Sifat orang beriman dia tidak akan masuk ke dalam lubang yang sama yang mana ada ular yang mematuknya sebelum ini.

Kepada semua pimpinan PAS di atas sana, mAklonG ingin mengimbau sejarah diketika Saidina Umar Al-Khattab dipilih menjadi pemimpin supaya dapat kita semua mengambil iktibar dan pengajaran darinya. Dalam satu ucapan sebaik Saidina Umar dilantik menjadi Khalifah. Beliau menegaskan sekiranya beliau melakukan kesilapan dalam menjalankan amanah pemerintahannya. Maka beliau meminta agar orang yang diperintahnya hendaklah berani menegurnya. Lantas berdiri seorang sahabat dan mengeluarkan pedangnya seraya berkata, "Kalau engkau bersalah Amirul Mukminin, kalau perlu dengan pedang ini aku akan menegurmu."Dengan sebak Khalifah Umar menjawab sambil membisikkan ke dalam hatinya, "Berbahagialah engkau hai Umar! Kerana dalam kalangan kaum muslimin ada orang yang berani menegurmu dengan pedangnya."

Inilah pemerintah yang kita dambakan. Sanggup menerima teguran rakyat dengan lapang dada. Walaupun dengan keras. Dalam masa yang sama kita memerlukan rakyat yang berani menegur. Kalaupun kita tidak dapat pemerintah seperti Khalifah Umar yang sanggup menerima teguran, namun kewajipan kita sebagai rakyat adalah menegur pemerintah yang lalai, tidak peka, salah dan zalim. Maka inilah hakikat dan peranan kita sebagai warga soleh untuk memperbetulkan pimpinan.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Pemimpin bagi suatu kaum adalah pengabdi (pelayan) mereka." (HR. Abu Na'im)

WAllahua'alam ....

5 ulasan:

  1. Jangan jadi Iblis dan Syaitan yang menghalang perpaduan sesama Islam. Dalam PAS, malaikat adalah Ust. Nasha, Hj. Hadi, Hasan Ali dan Stopha Embong. Yang lain tu dari kerabat Syaitan dan Iblis yang sentiasa inginkan permusuhan.

    BalasPadam
  2. BN=Barisan NerakaJumaat, 30 Oktober, 2009

    perbetulkan jalan UMNO tu dulu .... kalau masih seperti ketam yang menyuruh anak dia berjalan betul, baik tak payah .... kalau tolak hukum hudud jangan mimpi la nak bersatu dengan PAS .... hudud tu hukum Allah yang Diperintah Allah dalam Al Quran .... UMNO batil .... yang HAK itu yang mahukan Islam sebagai dasar .... PAS dan UMNO KUFFAR takkan boleh bersatu seperti minyak dan air !!!!!

    BalasPadam
  3. PAS=Parti Akal Sempit / Pari Ajaran sesat.Jumaat, 30 Oktober, 2009

    Kamu yg menghukum UMNO kuffar, batil tu apa maqam kamu. Kamu tu sama dengan Tok Guru kamu yang surga dan neraka macam bapak dia yang punya. Nabi Muhamad SAW mengharamkan mengkafirkan ( mengnerakakan ) sesama Islam.

    BalasPadam
  4. kalau ambik sekular tolak hukum Quran tu nak panggil apa, bodoh ?

    BalasPadam
  5. Safwan b. NahrawanIsnin, 02 November, 2009

    Apa tolak hukum Quran???. Semua yang wajib, sunat harus, haram diikuti dan dipatuhi. HUDUD???. Itu Pas yang bersungguh-sungguh nak buat.... tapi tak buat pong...HUDUD ni timbul tiap kali pilihanraya sebab nak pancing undi dan nak salahkan kerajaan pemerintah. PAS dah perintah Kelantan 19 tahun... awat tak buat. Bila tak boleh nak buat.. salahkan pemimpin Kerajaan. Hang dan pemimpin hang takutkan Mahathir..., Pak Lah...najib... dari takutkan ALLAH. Apa hang ni... akal sempit dan sesat. Bawak berfikir sikit.. bagi matang sikit pemikiran tu... jangan jUMUD. Selalu sangat Dipermainkan dik pemimpin PAS. Otak ada, tak nak pakai.

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia