Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 12 Oktober 2009

Post Mortem PRK N.31 Bagan Pinang


Gambar ini dirakamkan pada Subuh Sabtu 10 hb Oktober 2009, sehari sebelum hari pengundian biasa di PRK Bagan Pinang yang didirikan lebih daripada 40 mushollin di sebuah Surau Diri Jumaat di sekitar Siliau Estate. Teringat sepetik ungkapan Misionari yahudi yang mengatakan: "Islam hanya akan menang keatas kami apabila umatnya bersolat diwaktu Subuh seperti mana mereka mendirikannya di waktu Solat Jumaat." .... malangnya adakah Subuh kita seperti ini pada setiap hari ????



Suami mAklonG terlibat dengan jentera unit amal yang memantau pilihanraya dan UPU di sekitar N. 31 Bagan Pinang dan beliau banyak menceritakan tentang pengalamannya sepanjang beliau berada di sana. Sebahagiannya mAklonG paparkan di sini dan sebahagiannya mAklonG sengaja taknak tulis dan mAklonG taknak komen banyak, takut nanti anda semua kata mAklonG ni pro UMNO/BN pulak ....

Tapi inilah hakikatnya, serba sedikit ada kelemahan dari pihak pengurusan JPN Negeri Sembilan dan ada juga terdapat ketidaksamaan dan perselisihan pendapat mengenai calon yang bertanding, iaitu Dr. Zulkefly Mohd Omar, di antara JPN PAS Negeri Sembilan dan Pusat. AJK pemilihan calon PAS Negeri tidak bersetuju calon yang pernah kalah di Linggi ini dicalonkan dan beliau mendakwa calon ini kurang disenangi rakyat. Namun wala' kepada pimpinan pusat lah pihak PAS Negeri TERPAKSA akur (walaupun pada hakikatnya mereka tidak bersetuju) dengan istikharah yang dibuat oleh Tuan Guru Presiden. Percanggahan itu jadi salah satu punca kenapa kemenangan ini tidak memihak kepada PAS.

Hal ketidak setujuan AJK pemilihan calon PAS Negeri telah diluahkan kepada Unit Amal Perak oleh salah seorang dari AJK JPN PAS Negeri Sembilan yang tidak perlulah mAklonG, ceritakan di sini. Ini bermakna awal-awal lagi telah tidak ada wala' dari Pimpinan Negeri kepada Pimpinan Pusat.

Namun apa pun, semua yang kemenangan ini belum lagi memihak kepada kita kerana, mungkin kerana hati kita masih lagi belum bersatu secara sepenuhnya. Allah S.W.T memperingatkan kepada kita tentang perpaduan dalam Islam pada Surah Ali Imraan dalam Ayat 103 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitanirrojim. "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu (orang-orang yang bersatu) kerana nikmat Allah, (Allah Menjadikan kamu) orang-orang yang bersaudara....." ShodaqAllahul'Azim.

Namun begitu perselisihan sepatutnya dikembali Al Quran (atau Kalam Allah S.W.T) dan Sunnah (Sabda dan Hadis Rasulullah S.A.W). Muhasabahlah dengan apa yang telah berlaku, Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Hashr pada Ayat 18. A'uzubILLAHi minas syaitanirrojim. "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan (muhasabah) apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."ShodaqAllahul'Azim.

Sesungguhnya perselisihan pendapat dikalangan orang yang beriman merupakan satu rahmat juga ujian bagi mereka. Allah Merakamkan tentang punca perselisihanlah, kalahnya tentera Islam di Perang Uhud dalam Surah Ali Imraan pada Ayat 152, A'uzubILLAHi minas syaitanirrojim. "Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya sampai pada sa'at kamu lemah dan berselisih (pendapat) dalam urusan itu[237] dan mendurhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai[238]. Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan diantara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka[239] untuk menguji kamu, dan sesunguhnya Allah telah mema'afkan kamu. Dan Allah mempunyai kurniaan (yang dilimpahkan) atas orang orang yang beriman." ShodaqAllahul'Azim.

[237]. Yakni: urusan pelaksanaan perintah Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda telah memerintahkan agar regu pemanah tetap bertahan pada tempat yang telah ditunjukkan oleh baginda dalam keadaan bagaimanapun.

[238]. Yakni: kemenangan dan harta rampasan.

[239]. Maksudnya: kaum muslimin tidak berhasil mengalahkan mereka.


WAllahua'alam ....

2 ulasan:

  1. kalah bukan bermaksud salah, menang bukan bermaksud benar. sesiapa yang mengikut al-Quran dan Sunnah itulah paling utama. Akhirat adalah matlamat kita

    BalasPadam
  2. Banyak faktor-faktor yg menyebabkan kita kalah. Faktor pertama kita tidak pandai mengambil hati pengundi. Selepas PRU ke 12, kita tanya diri kita adakah kita melawati buat susulan kpd tempat mengundi yang kita kalah. Bila PRK kita muncul kembali menemui pengundi

    Bila kita tidak melawat mereka maka msg kita tidak sampai. Mereka semua nya adalah bersimpati terhadap PAS bukan pengundi tegar PAS
    UMNO gunakan kesemapatan ini, mereka kaji kelemahan kita.

    Faktor dalam kita yang bergolak terutama di Selangor sikit sebanyak memberi impak kepada kita yang menyebabkan kaum cina tidak memberi undi kepada kita. Mungkin mereka mahu mengajar kita

    Faktor anak muda keterlaluan tidak menjadi sebab kepada kita, mereka hanya anak murahan upahan UMNO. Mereka tidak mengundi. Kita biarkan mereka dng dunia mereka. Pengundi yang perlu kita hampiri mereka agar msg kita sampai supaya mereka tidak hanya simpati sahaja

    Kita hanya menyampaikan msg kita kepada ahli-ahli PAS tegar sahaja. Kita penohi ceramah dan kuliah=kuliah orang kita sahaja. Kita umpama syok sendiri

    Kesimpulan: Bagaimanakah cara kita untuk menyampaikan msg kepada pengundi itu yang kita perlu (tuning) mulai skrg. Maaf kasar sikit

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia