Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 26 November 2009

Jawatan Itu Adalah Amanah ....


KOTA BHARU: Datuk Husam Musa yang selama ini dikatakan calon paling sesuai menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, semalam mengumumkan beliau bukan calon yang layak memegang jawatan itu. - Dilaporkan oleh Berita Hairan.

Kalaulah yang ditawarkan jawatan MB itu kepada calon UMNO/BN, sudah tentu berebut-rebut mereka mahukan jawatan itu tanpa disedari dalam masa yang sama, juak-juak UMNO/BN jahiliyyah ini tidak mengetahui bahawa jawatan itu adalah amanah dari rakyat.

Allah S.W.T Menegaskannya dalam Surah Al Ahzab pada Ayat 72 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh," ShodaqALLAHul'Azim.

[1233]. Yang dimaksud dengan amanah di sini ialah tugas-tugas keagamaan dan kepimpinan.

Tanggungjawab seorang pemimpin itu sangat berat dan pastinya Allah S.W.T akan menanyakan tentang kepimpinannya kerana pemimpin atau apa sahaja jawatan yang berada di tampuk kepimpinan dari yang kecil hinggalah yang terbesar, pemimpin adalah hamba kepada rakyatnya.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud, "Pemimpin suatu kaum adalah hamba (pelayan) mereka." (HR. Abu Na'im)

Lagi Rasulullah S.A.W mengingatkan, "Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab (akan disoal pada hari kiamat kelak) atas kepemimpinannya. Seorang imam (amir) pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan (hamba) bertanggung jawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya." (HR. Bukhari dan Muslim)

YB Husam Musa seorang yang berilmu dan mengetahui serta menyedari akan nas-nas ini dan beliau merasakan dirinya belum lagi layak untuk memikul amanah rakyat kepada seorang pemimpin yang bergelar Menteri Besar.

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia