Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Jumaat, 20 November 2009
harus mengeji manusia yang ternyata kefasikannya
Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Baqarah pada Ayat 76 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan apabila mereka (orang-orang munafiq dan yahudi) berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata:" Kami pun telah beriman," tetapi apabila mereka berada sesama mereka saja, lalu mereka berkata: "Apakah kamu menceritakan kepada mereka (orang-orang mukmin) apa yang telah diterangkan Allah kepada kamu, supaya dengan demikian mereka dapat mengalahkan hujjahmu di hadapan Tuhanmu; tidakkah kamu mengerti?"[66] ShodaqALLAHul'Azim.
[66]. Sebagian Bani Israil yang mengaku beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W itu pernah bercerita kepada orang-orang Islam, bahawa dalam Taurat memang disebutkan tentang kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. Maka golongan lain menegur mereka dengan mengatakan: "Mengapa kamu ceritakan hal itu kepada orang-orang Islam sehingga hujjah mereka bertambah kuat?"
Ayat di atas mempunyai sebab mengapa Ianya DiTurunkan oleh Allah S.W.T atau asbabun nuzul. Mari kita ikuti ....
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Nabi SAW pada peperangan Bani Quraidzah berdiri di bawah benteng mereka. Dengan marahnya atas pengkhianatan mereka, beliau bersabda: "Hai saudara-saudara kera! Hai saudara-saudara babi! Hai penyembah-penyembah thaghut!" Para pemimpin bani Quraidzah berkata kepada kaumnya. "Siapa yang memberitahu Muhammad tentang ucapan yang dikeluarkannya itu! Ia tidak mungkin tahu kecuali dari kamu. Mengapa kalian beritahukan kepada mereka tentang kutukan Allah kepada kalian, sehingga mereka dapat mengalahkan hujjah kalian?" Maka turunlah ayat ini (S. 2: 76) yang menegaskan penyesalan mereka akan kebocoran isi Taurat kepada Nabi Muhammad SAW.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Mujahid.)
Allah S.W.T Berfirman lagi dalam Surah Al Baqarah juga, iaitu pada Ayat 65 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar (peraturan Allah) diantara kamu pada hari Sabtu[59], lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera[60] yang hina". ShodaqALLAHul'Azim.
[59]. Hari Sabtu ialah hari yang khusus untuk beribadat bagi orang-orang yahudi diketika itu.
[60]. Sebahagian ahli tafsir memandang bahawa ini sebagai suatu perumpamaan , ertinya hati mereka menyerupai hati kera, kerana sama-sama tidak menerima nasihat dan peringatan. Pendapat Jumhur mufassir ialah mereka betul-betul berubah menjadi kera, hanya tidak beranak, tidak makan dan minum, dan hidup tidak lebih dari tiga hari.
Seterusnya Allah S.W.T Berfirman lagi dalam Surah Al Maaidah pada Ayat 60 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, iaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi[424] dan (orang yang) menyembah thaghut?." Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus."ShodaqALLAHul'Azim.
Allah Menegaskan tentang orang yang melanggar peraturan Allah ini, juga termasuk orang yang menghalang kebangkitan Islam wajar dilaknat dan dikeji.
Manusia yang menyembah taghut dan mengingkari kebenaran perundangan Al Quran serta tidak melaksanakan tuntutan dan perintah yang terkandung di dalam Nya, dipanggil sebagai kera dan babi. Nabi S.A.W pun memanggil mereka dengan panggilan itu.
Bagaimana pula dengan situasi di negara kita sekarang ini ? WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Betul,saya setuju.ada ketika manusia kena di tegur dgn kasar baru mereka sedar kesilapan mereka.
BalasPadamIni Cerpen ketiga saya dlm blog.jangan lupa baca dan bagi komen.
http://ijoks2009.blogspot.com/2009/11/jongos-ketua-serigala.html