Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Ahad, 8 November 2009

Perpaduan Dalam Islam


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan campur tangan dalam masalah dalaman MCA, kecuali beliau menerima jemputan yang jelas dari parti itu untuk berbuat demikian. Baca lagi.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Hashr pada Ayat 14 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, ".... Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti." ShodaqALLAHul'Azim.

Krisis yang melanda MCA akan terus berlarutan, insyaAllah. Perpaduan dalam ertikata sebenar ialah perpaduan dalam persaudaraan semata-mata kerana Allah S.W.T. Ukhwah Islamiyyah adalah sebenar-benar perpaduan.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Hujuraat bermula dari Ayat 9 hingga 10 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang (bersengketa) hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi (lawan) sampai surut kembali kepada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." ShodaqALLAHul'Azim.

Persatuan atau perpaduan di sini bermakna perpaduan atas dasar mentauhidkan dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Perpecahan akan tetap berlaku sekiranya tiada dasar-dasar ini. Diharap perpecahan ini tidak akan terjadi kepada Jama'ah Islam yang benar-benar mahukan Al Quran dan Sunnah sebagai dasar. WAllahua'alam ....

2 ulasan:

  1. Lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    Apasal komen MCA, Puan ni lupake siapa Puan

    BalasPadam
  2. MCA tu ana buat perbandingan je. MCA tu manusia juga. bukannya orang utan. orang utan kalau zalim mati jadi tanah. manusia kalau zalim mati, lepas tu masuk neraka.

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia