Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 7 November 2009

Membantah Bai'ah Bererti Tidak Beriman !!!!


oleh: Ketua Lajnah Tarbiyyah DMPK IT.

BEBERAPA pemimpin Pas mendedahkan bahawa dalam bai'ah atau sumpah taat setia, talak tiga akan jatuh ke atas isteri mana-mana pemimpin Pas yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti. Lagi di sini.

Bagaimana tidaknya boleh jatuh talak tiga kalau akidah seseorang yang bergelar Muslim itu telah bertukar menjadi kafir atau murtad kerana membantah bai'ah. Sudah tentulah jatuh talaknya itu.

Sebenarnya bai'ah ini sebenarnya sumpah janji setia. Orang yang mengingkari janji bererti kafir pada janji tersebut. Janji setia dalam ertikata lain bererti ikrar ataupun bersaksi. Ashahada an .... yang bererti aku bersaksi bahawa .... Persaksian atau ikrar atau sumpah janji setia ini boleh terbatal bila-bila masa dalam perlakuan, kata-kata dan gerakan niat di hati (fi'li, qauli dan qolbi). Ketiga-tiga hal ini memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan sah dan batalnya persaksian itu.

Kalau kita rujuk mana-mana kamus arab, kafir bermaksud ingkar atau bantah. Begitu juga dengan perkataan bai'ah bermaksud sumpah janji setia sebagaimana yang Allah S.W.T di dalam Al Quran (kerana Al Quran Diturunkan dalam bahasa arab) pada Surah yang sebelum ini mAklonG dah jelaskan dalam posting-posting yang lalu.

Iaitu dalam Surah Al Fath pada Ayat 10 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah[1396]. Tangan Allah di atas tangan mereka[1397], maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar." ShodaqALLAHul'Azim.

[1396]. Pada bulan Zulkaedah tahun keenam Hijriyyah Nabi Muhammad S.A.W. beserta pengikut-pengikutnya hendak mengunjungi Makkah untuk melakukan 'umrah dan melihat keluarga-keluarga mereka yang telah lama ditinggalkan. Sesampainya di Hudaibiyah beliau berhenti dan mengutus Utsman bin Affan lebih dahulu ke Mekah untuk menyampaikan maksud kedatangan beliau dan kamu muslimin. Mereka menanti-nanti kembalinya Utsman, tetapi tidak juga datang kerana Utsman ditahan oleh kaum musyrikin kemudian tersiar lagi khabar bahawa Utsman telah dibunuh. Kerana itu Nabi menganjurkan agar kamu muslimin melakukan bai'ah (janji setia) kepada beliau. Merekapun mengadakan janji setia kepada Nabi dan mereka akan memerangi kamu Quraisy bersama Nabi sampai kemenangan tercapai. Perjanjian setia ini telah diredhai Allah sebagaimana tersebut dalam ayat 18 surat ini, kerana itu disebut Bai'atur Ridwan. Bai'atur Ridwan ini menggetarkan hati kaum musyrikin, sehingga mereka melepaskan Utsman dan mengirim utusan untuk mengadakan perjanjian damai dengan kaum muslimin. Perjanjian ini terkenal dengan Shulhul Hudaibiyah.

[1397]. Orang yang berjanji setia biasanya berjabat tangan. Caranya berjanji setia dengan Rasul ialah meletakkan tangan Rasul di atas tangan orang yang berjanji itu. Jadi maksud tangan Allah di atas mereka ialah untuk menyatakan bahawa berjanji dengan Rasulullah sama dengan berjanji dengan Allah. Jadi seakan-akan Allah di atas tangan orang-orang yang berjanji itu. Hendaklah diperhatikan bahawa Allah Maha Suci dari segala sifat-sifat yang menyerupai makhluknya.

Jadi, bagaimanakah keadaan orang yang melanggar perjanjian dengan Allah? Adakah akidahnya masih dikata akidah Muslim?

Sila rujuk kembali setiap borang keahlian PAS. Ikrar dan persaksian yang berkaitan seperti ayat di atas telah tertera dalam borang tersebut. Inilah dinamakan bai'ah. Ianya melibatkan Akidah Muslim. Sesiapa yang memungkiri bai'ah ini bererti kafirlah orang itu.

Perintah untuk tidak mengingkari pemimpin itu adalah wajib. Ianya tersebut dalam sebuah sabda Nabi S.A.W dalam hadis yang panjang dari Huzaifah Ibnu Yaman yang bermaksud : " .... Tetap setialah kepada jemaah kaum muslimin dan pemimpin mereka.... " (HR Shahih Muslim yang tersebut dalam kitab sahihnya hadis yang ke 3434)

Sebagaimana yang kita ketahui, al ulama warasatul ambiyak. Ianya tersebut dalam sepotong sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Ulama adalah pewaris-pewaris Nabi. Mereka mewarisi ilmu pengetahuan. Barangsiapa yang mendapatkannya, maka dia beruntung dan memperoleh sesuatu yang besar." (HR Abu Dawud dan lainnya dari Abud Darda' secara marju')

Terpulanglah kepada ahli PAS di luar sana, jalan yang manakah yang anda mahu pilih kafir atau beriman kerana yang beriman itu sudah pasti dia telah memilih jalan Islam atau yang selamat sejahtera.

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia