Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Khamis, 12 November 2009
Bai'ah : Lambang CINTA sebenar ....
KUALA LUMPUR: Sumpah taat setia atau baiah jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti adalah rahsia dalaman parti itu, kata Prof Madya Dr Zaitun Abu Bakar - isteri Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Lagi di sini.
Allah S.W.T Berfirman tentang kasih sayang dalam sebuah rumahtangga dalam Surah Ar Rum pada Ayat 21 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri (manusia), supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ShodaqALLAHul'Azim.
Seorang suami yang penyayang terhadap isterinya sudah tentu tidak akan menduakannya dan seorang suami yang bertanggungjawab wajib memberikan isterinya pendidikan serta tarbiyyah Islam yang sempurna. Sebagai bukti cinta yang sebenar terhadap suami dan Allah S.W.T. seorang isteri wajib mentaati keduanya.
Allah Berfirman lagi dalam Surah Ali Imraan pada Ayat 31 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ShodaqALLAHul'Azim.
Fikir-fikirkanlah. WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan