Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Rabu, 11 November 2009

Mungkir janji amalan UMNO/BN


Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain membidas kenyataan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak yang membidas tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan dinyatakan salah dari segi moral oleh Perdana Menteri sendiri. Lagi di sini.

Apa punya manusia lah PM 1Malaysia ni. Menuntut janji seorang Ketua Negara yang berjanji dikatakan salah dari segi moral. Manusia dipegang dari janjinya. Bila berjanji wajib ditepati. Mana dia slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan" ???? Inilah dinamakan Perdana Menteri Abdullah Bin Ubai.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu bila berbicara dusta, bila berjanji tidak ditepati, dan bila diamanahkan dia berkhianat." (HR. Muslim)

Orang munafik adalah sehina-hina makhluk, kerana Allah S.W.T Merakamkan keadaan manusia keji seperti ini di dalam Surah Ani Nisaa pada Ayat 145 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim, "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka." ShodaqALLAHul'Azim.

Tiada yang lebih keji daripada makhluk yang dilaknat Allah S.W.T dan diazab dengan siksa yang amat berat di dalam kerak neraka melainkan orang-orang munafik.

WAllahua'alam....

1 ulasan:

  1. Salam Maklong,
    Janji mereka sebelum memiliki.Bila dah dapat Mampuss le kome...

    Itu pun ada pak sanggup yang sanggup jadi perantara lagi..orang kampung perantaranya JKKK,cikgu-cikgu perantarany GBesar n Pengetua..jabatan-jabatan perantaranya ketua jabatan.

    Nak bonus tunggu dekat election..fulamak mau 3 bln gaji..janji ye..

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia