Calon UMNO/BN, Permatang Pasir, Rohaizat Othman sebelum ini menafikan sekeras kerasnya yang beliau mempunyai isteri kedua.
"Saya tidak ada isteri bernama Rafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama Rafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.
"Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Rafizah. Isteri saya seorang sahaja," katanya. Klik sini untuk penafiannya ini.
Namun akhirnya penafian itu terbukti menipu dan ianya terbongkar apabila bapa kepada isteri keduanya memberi amaran kepadanya supaya membuat pengakuan. Ceritanya klik di sini di siniiiiiii.
Inilah sikap pemimpin-pemimpin UMNO. Menipu, menipu dan terus menipu. Dulu, kini dan selamanya menipu.
Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud : "Tanda-tanda orang munafik (hipokrit) ada tiga, iaitu bila berbicara menipu, bila berjanji tidak ditepati, dan bila diberi amanah dia berkhianat. " (HR. Muslim)
Budaya menipu memang budaya UMNO. Sebelum ni ada yang lebih teruk, pengakuan bersumpah dengan Nama Allah, pengakuan bersumpah guna Al Quran. Padahal sumpah mereka memang sumpah pembohong. Tak habis-habis nak menipu walaupun sanggup menggadai agama dan akidah. Inilah hakikat UMNO.
Allah S.W.T Melabelkan mereka ini sebagai munafik dalam Surah At Taubah pada Ayat 42. A'uzubILLAHi minas syatonirrojim. ".... Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri[644] dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. " ShodaqALLAHul'Azim.
[644]. Maksudnya mereka akan hancur binasa disebabkan sumpah mereka yang palsu.
Belum lagi jadi wakil rakyat tu dah mula nak menipu. Dah jadi wakil rakyat lagi la teruk habis semua orang di Permatang Pasir hancing kena tipu. Inilah UMNO.
Lagi dalil golongan munafik ni sanggup bersumpah demi kerana untuk menyelamatkan diri dan demi kerana keuntungan dan tembolok mereka. Allah Berfirman dalam Surah yang sama pada Ayat seterusnya iaitu pada Ayat 56. A'uzubILLAHi minas syatonirrojim. "Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa sesungguhnya mereka termasuk golonganmu (golongan yang benar) ; padahal mereka bukanlah dari golonganmu, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang sangat takut (tentang kesalahan mereka terhadap kamu). " ShodaqALLAHul'Azim.
WAllahu'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan