Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Selasa, 4 Ogos 2009

Pengalaman Pertama Pahit, Manis, Payau, Kelat, Masin & Masam

antara 200,000 peserta yang berdemo pada hari tu

Salam ukhwah buat semua pelawat blog mAklonG. Hari ni mAklonG & pAklonG sudah menjalani kehidupan seperti biasa setelah menghabiskan hujung minggu yang lepas dengan program yang luar biasa. Penyertaan maklonG ke program demo ini adalah kali pertama bagi mAklonG, Perghhhh!!! susah nak digambarkan melalui perkataan. buat adik2 mAklonG yang tak dapat pergi ( Ya & Ida -atas sbb yang tak dapat dielakkan) lain kali kita turun lagi ramai2... Turun jgn tak turun.. Buat Syud, lepas ni kalau ada demo.. kita kena turun warm up kat padang polo selama 2 minggu. baru mantap..hehehe. Nak tambahkan stamina, minta pinjam anjing2 yg terlatih kegarangannya untuk dilepaskan di belakang kita, supaya kalau anjing tu tak kejar kita, kita kejar anjing tu balik.. hehehe

010809-7.10pg
walaupun berjanji dengan ahli2 yang lain untuk bertolak tepat pada 7.00 pagi, ttp biasala kalau pergi dengan geng pemuda ni mesti tak pernah on the dot (hehehe), so terlewatla lebih kurang 10 min. mAklonG masih boleh menerima kelewatan ini.. Dalam hati berdoalah jugak supaya perjalanan kami akan selamat sampai ke destinasi yg dituju.Kami bertolak dari rumah Hj Salleh dengan 2 buah kereta dan 1 buah Unser.. bukan unta yer.. hehehe. Kami bertolak ke check point yang ke 2- iaitu berhenti di hentian sebelah Simpang Pulai untuk bersama- sama dengan sebuah kereta lagi dari Taman Cempaka.

010809-7.30pg
Masih menunggu lagi dengan sabar... Geng Taman Cempaka belum nampak lg... Geng2 pemuda sibuk bersembang... mAklonG n Syud dok dalam kete.. Berjumpa dgn Muslimat Kuala Kangsar, berhenti seketika jgk di tempat yg sama. Tunggu punya tunggu maka sampaila geng taman cempaka. 3 muslimat dan 2 pemudanya.

010809- 8.15pg
Kami meneruskan perjalanan. mAklonG tengok meter yg dipandu oleh adik lelaki mAklonG 130,140 km/j. kecut jgkla hati mAklonG. Macam2 doalah yg dibaca. Dalam hati sempat ker kami nak berperang ni.. Takut syahid sebelum berperang... Maklumlahh gayat mAklonG naik kete laju2 ni.

010809-9.30pg
Berhenti rehat di Ulu Bernam untuk mengalas perut... sambung perjalanan.

010809-11.00pg
Kami sampai di stesyen komuter Sg Buluh.. Sambil menunggu2 pemangku KPDPPK membeli tiket, kami dudukla menghilang penat kat bangku yang ada kat situ.. Keadaan agak tenang..Takdela sibuk mana. Parking pun mudah jer. Setelah dapat tiket, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke destinasi...

010809-11.30pg
Kami turun dari komuter. mAklonG lihat sudah terlihat kelibat2 peserta2 demo di sini. Berkumpulan2. Kami berlegar2 disitu sambil memerhati kelibat2 polis kehulu ke hilir.. Dalam hati mAklonG, apasal dema ni... bukannya ada aktiviti2 ganas pun kat situ.. sambil2 tu kami duduk bersila dengan geng2 muslimat kami. Rancak berbual sesama kami.. Biasalah kalau dah jumpa.. mcm2 cerita laa yg diborak. Kemudian kami didatangi oleh rakan Ima dan Ati (bukan nama sebenar). Maklumlah lama dah tak berjumpa, rancak jgkla dema berbual. Dalam2 rancak berbual, kami didatangi oleh seorang polis wanita... "Saya sarjan M, tolong yer bersurai dari sini yer.. Sila tunjuk tiket awak semua, kalau ada urusan di stesen ini yer... kalau tak ada sila beredar dari sini yer"... uhhhs sombongnya kak polis ni... baru pangkat sarjan... perghhhh. Mula2 tu dema2 ni liat jugak nak beredar.. Kawan mAklonG siap jeling lagi sarjan M tu.. mAklonG malas nak citer.. sbb maklonG ada buat salah awal2 lg.. jadi malas nak cari pasal, mAklonG beredar dulu. Lepas tu.. ada polis lelaki ni... tak taula pangkat apa.. Tolong yer beredar dari sini... kalau tak faham cakap melayu, nanti saya cakap inggeris nanti... perghhhhh hasil PSSMI tu.. mAklonG rasa meloya dgrnya.. Rupa2nya kawan si Ati dan si Ima ni siap sound polis tu.. ala nak cakap BI pun kami faham (lbh kurang mcm tu ler ayat dia).. terdengarlah sarjan M tadi... Apa??? apa you cakap dengan pegawai I... cehhh lepas tu mAklonG p beredar ke tingkat atas.. P cari toilet sama.. Tak tau apa jadi dengan kawan mAklonG tu..

Keluar dari toilet, mAklonG berlegar2 kat bahagian atas. Tak lama pas tu, wakil kami beli tiket siap2. Satunya persediaan nak balik nanti.. sambil2 tu satu lagi alasan yang kuat, kalau2 mamat n minah2 polis ni mintak, kami boleh tayang tiket komuter tu... ingat kami dtg ni kokak sgt ker... kami boleh beli sepuluh tiket tau!!!! jerit dalam hati jer la.. hehehe.

Lepas tu kumpulan kami perlahan2 menyusur keluar dari stesen komuter tu.. mAklonG rasa mcm mAklonG penjenayah pulak.. hehehe. P sana ada polis.. P sini ada polis... menyusahkan perasaan mAklonG jer.. Kami terus mengikut arahan supaya pergi ke Masjid Negara. Kami bergerak dalam kumpulan- kumpulan yang kecil.. Konon2 biar polis tak kacau laa.. Tapi kumpulan muslimat ni polis dah cop dah.. Hari tu semua muslimat bertudung labuh dan berpurdah adalah suspek pendemo.. perghhh.. bayangkan mcm mana tanggapan mat2 n minah2 polis ni...

Dalam kami bergerak2 ke Masjid Negara, mAklonG pandangla belakang untuk memastikan suami mAklonG ada sama, tup..tup.. dia dah hilang dari pandangan mata mAklonG.. laaa mana pAklonG ni... call laa apa lg.. rupa2nya paklonG tersangkut dgn polis yg ditepi2 td. masa kami lalu td, tunjuk jer tiket, kata nak p stesen komuter, dia bg jalan, sampai jer turn paklonG dia kena tahan... rupanya bukan pAklonG jer kena tahan, Ati n suaminya pun sama...

mAklonG mintak pAklonG berhati2 sambil berdoa agar pAklonG selamat. Kegusaran tu kurang sedikit memandangkan demo ini bukan pengalaman pertama pAklonG. Jadi untuk menyedapkan hati maklonG, terus maklonG mengambil wudhuk dan solat zohor di Masjid Negara. Lepas jer solat mAklonG dapat mesej dari paklonG mengatakan dia dah selamat sampai di Masjid Negara. Alhamdulillah.. syukur semuanya selamat.

010809-2.00 ptg
Jemaah yg solat di masjid telah pun selesai bersolat. Pakat ramai2 keluar dari masjid. mAklonG sempat berselisih dengan pimpinan PAS, Dr Hatta Ramli masa ambil kasut di rak kasut. Lepas tu kumpulan pendemo mula bergerak dari Masjid Negara. mAklonG bergerak bersama2 pAklonG spy kejadian tadi tidak berulang.. Adik mAklonG, Syud dah kedepan bersama rakan2 yg lain.

Kaki mAklonG hanya mengikut kumpulan2 manusia yg kebanyakannya berbaju merah,hitam. Selepas solat tadi,sempat jugak maklonG bersalin baju untuk memudahkan pergerakan maklonG. Laungan bertakbir, mansuhkan ISA, reformasi saling bersahut2an. Bersemangat betul rasanya.. Cuma rasa terkilan sedikit sbb mAklonG tak berapa bersedia dari segi fizikal untuk berdemo ni... Lama tak berjalan2 mengeluarkan peluh di padang polo.. jadi berpeluhlaa jugak waktu berjalan2 menaiki bukit. Takper...takper.. teruskan mAklonG.. kata hatiku sendiri.. Rapatt... rapattt jerit Unit Amal... jangan bagi kosong... rapat.... mAklonG dan yg lain2 merapatkan diri dalam satu kumpulan yg sedikit terpisah..

Dalam pd kami berjalan.. terdengar jeritan menyuruh kami berundur... Undur... Undur... mAklonG tanya pada pAklonG, kenapa berundur... PaklonG pun tak tahu sbb apa.. Kami pada masa itu berada dikelompok yg dibahagian belakang. Bila diminta berundur, maka kami dah jadi yg bahagian depan..tp bukanla lead kumpulan.. Dr Hatta dari belakang dah kedepan.. Pas tu tak silap mAklonG, nampak kelibat Dr Mariah. Kami berjalan lagi dengan pelbagai laungan kata2 semangat..

Tiba-tiba... kiri.. kiri.. laungan entah dari mana menyuruh kami bergerak ke bahagian kiri.. apa lagi.. mAklonG sambil ditarik oleh pAklonG berlari ke kiri.. Pom... bom asap betul2 dekat kami.. Apa lagi, mAklonG yg takder pengalaman ni.. terhidu jer asap, dah terasa sesak nafas maklonG.. dalam hati mAklonG berharap agar mAklonG tidak menyusahkan pAklonG dan lain2.. Bang air...air...airr bang..pedih...bang..garamm...garamm.. waktu tu dah tak ingat yg mAklonG mmg dah ada simpanan garam sendiri, tapi dah tak mampu nak ambik dari dalam beg...Perghhhh baru mAklonG tahu betapa pedihnya makan bom asap.. tu baru asap.. kalau kat Palastein, mAklonG dah gugur syahid dah nampaknya..hehehe. Masa tu hati ni gerammm yg amat sgt. pAklonG kurang sikit sengsaranya..maklumlah persediaannya hampir lengkap..hehe. mAklong ingat mula2 takla sampai mcm tu . pAklonG pun siap sempat sedekah garam kat pendemo2 yg tak bawak garam. Ada seorg remaja lelaki tu siap muntah lagi tepi mAklonG. Nasib mAklonG tak muntah sama...

Allah Berfirman dalam Surah Al Ahzab Ayat 11 yang bermaksud:
A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Di situlah orang-orang mukmin diuji dan digoncangkan (ketakutan dalam hatinya) dengan goncangan yang sangat hebat." ShodaqALLAHul'Azim.

Bila keadaan menjadi tenang, kami berpatah balik ke tempat dimana kami dibaling bom asap. Baru kira2 dua minit berjalan.. Lari.... lari... air datang.... Kami berpatah semula.. berlari2. mAklonG pun dah semput nak berlari, tp kuatkan juga semangat berlari, sambil bertolak2. Kemudian, pAklonG tarik mAklonG menaiki bukit apa entah.. Tup.. tup.. bukan air yg datang tapi... bom asap lagi.. kali ini mAklonG dah bersedia sedikit, tapi masih lg x dapat menghilangkan kepedihan dan keperitan asap dimata mAklonG... mAklonG terus kemam garam kasar.. Urggghh lega sikit.. Kami terus menaiki bukit tu.. Sampai jer di atas, mAklonG hampir terjerit yg sekumpulan remaja muslimat, berlari2 melintasi landasan komuter.. Dalam masa yg sama komuter sudah membunyikan horn/loceng amaran. Allahuakbar... betul2 depan mata mAklonG. cumanya mAklonG tak sempat nak merakamkan gambar kejadian.Tapi alhamdulillah, Allah masih sayangkan mereka...Allahuakbar.

Setelah bermain aci kejor dgn mat2 n minah polis, mAklonG turun semula dari atas bukit tu.. Kami berjalan mengikut kata hati. mAklonG bukannya tahu jalan kat KL tu. mAklonG telefon adik mAklonG, dia dan muslimat yg lain berada di Bank Negara, dekat dgn jejantas.. mAklonG tak terus tanya sbb mAklonG pun tak tahu, pAklonG pun tak perasan.. Sambil2 tu kami berdoa spy kami tidak ditahan.... Bukan takut.. cuma mAklonG tak nak mak mAklonG dirumah bersedih hati..

Rupa2nya kami jugak sampai di bank negara. Rupanya kat situ ada pun ada stesen komuter. Masuk kat dalam, mencari air untuk membasah tekak yg kering... Air yg sejuk, dah sold out.. tinggal yg biasa2 jer.. biasa pun biasalaa. mAklonG mintak pAklonG belikan 4 botol air kosong dan 1 botol air 100 plus. Ingat nak buat spare kalau kena sembur lg... semangat semula selepas membasahkan tekak. Sambil2 tu mata melilau mencari adik dan rakan2 muslimat yg lain.. Rupa2nya mereka ada kat situ jgk..

Sambil kami berbual2 mengenai pengalaman kami, suami Ati menelefon yg lain, bertanya dema kat mana dan apakah arahan selanjutnya.. Suami Ati bagitahu, ada sebahagian pergi ke Masjid Negara semula dan ada sebahagian pergi ke pejabat agung PAS di jalan raja laut. Bila telefon kawan2 yg ada di jalan raja laut, mereka mengatakan bahawa, program dah bersurai.. Kemudian kami dengar kecoh... kecoh.. polis datang.. polis datang nak tangkap pendemo.. Apa lagi kami yg baru nak dok rehat2 sekejab, angkat kaki ler... masuk dalam stesen komuter.. Lepas tu kami decide terus naik komuter p ker Sg Buluh semula.

010809-4.30 ptg
Sampai ke stesen komuter, kami berkumpul... kali ini lg rancak bercerita.. mAklonG terima sms dari pAklonG spy jgn rancak sgt bercerita, risau2 ada SB mengekori kami. Kami akui... sembang sok..sek..sok..sekk jer..hehehe. Manalah tak terujanya, semua muslimat yg join, ini adalah pengalaman pertama yg join demo kena asap. Kumpulan muslimat kami tidak merasa kena air asid.. Dalam pada kami menunggu rakan2 yg lain, kami dapat maklum seorang pemuda kawasan kami ditahan.. Suami Ati meminta kami sekiranya ingin menyumbang kewangan pada sahabat. Alhamdulillah dapatlah sedikit sumbangan dihulurkan bagi meringankan beban sahabat yg ditahan.

010809-5.20 ptg
Satu kumpulan lagi tiba di stesen Sg Buluh dengan wajah yg ceria sambil menceritakan pengalaman masing2. Buat sahabat yg kena tahan. pemangku KP akan ke balai polis untuk melihat dan membantu apa yg boleh dibantu. Sahabat2 yang lain meneruskan perjalanan ke tempat masing2. mAklong, pAklong dan 2 adik mAklong jugak meneruskan perjalanan ke Ipoh dengan seribu macam pengalaman pahit manis.

Selamat tinggal Kuala Lumpr.. Kami akan kembali lagi untuk berdemo!

1 ulasan:

  1. memang mcm² ada rasa...masin,tawau,pahit,kelat..cuma satu rasa je x ada iaitu manis..mana nak manisnye wehhh,kena simbah ngan water canon n gas pemedih mata.gila tu... rasa pedihnyaa...ikutkan hati,,memang nak je campak balik kat anjing² kerajaan tu..dema ni gila ke apa? x nampak ke org berkumpul secara aman,nampak ke kume bawa senjata mcm tentera zionis tu,memang dasar anjing kerajaan betul polis diraja malaysia nie..suka²hati je nak sepak terajang org..tgk laa masa akan dtg kena kat anak hampa baru hampa tau langit ni tinggi ker rendah..aku malas nak citer panjang kalau hampa nak tau polis ni baik ke tak hampa baca la kat blog merah hitam..baru hampa tau polis ni jenis binatang ke manusia..

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia