KUALA KANGSAR, 27 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita berusia 20 tahun ditemui mati dipercayai akibat terjun dari bangunan tiga tingkat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di sini pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt Abdul Ghafar Mohamad berkata, mangsa dikenali sebagai Kwek Lee May berasal dari Taman Chandan Puteri di sini ditemui mati dalam keadaan cedera parah di kepala dan badan pada pukul 8 pagi. Berita ada lagi di sini.
Fitnah atau pun bala satu demi satu, insya Allah akan terkena pada mana-mana Institusi Kerajaan yang menyokong dan meredhai kezaliman dan kejahatan Kerajaan Taghut UMNO / BN. Bermula kes TBH hinggalah yang ini , Kwek Lee May. Dari SPRM dan yang ini PDRM. Kesnya sama mati jatuh bangunan.
Allah S.W.T Mengingatkan kita dalam Surah Hud pada Ayat 113. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim [740] yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." ShodaqALLAHul'Azim.
[740]. Cenderung kepada orang yang zalim maksudnya bersekongkol, bekerjasama, menolong, mengundi, memilih, menyokong dan meredhai perbuatan mereka.
WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan