Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 17 Ogos 2009

PERMATANG PASIR, KAMI DATANG !!!!


Dewan Pemuda Pas Kawasan Ipoh Timur tengahari tadi berangkat dan bersedia untuk menggempur Permatang Pasir. Rombongan angkatan yang diketuai oleh Ketua Pemuda Kawasan merangkap Naib Ketua Pemuda Pas Perak juga selaku anggota JPN Pas Negeri, Salman Salleh bagi membantu dan seterusnya melancarkan jentera pilihanraya N11 Permatang Pasir bermula petang ini.

Ketua Lajnah Tarbiyyah Pemuda Pas Kawasan mengingatkan mereka agar menjaga akhlak Islamiyyah dan sematkan dalam diri untuk mendapat mardhotillah dan rahmat Allah bagi menghadapi hari-hari sebelum pengundian.

Pesanan mAklonG kepada semua jentera penggempur Permatang Pasir. Yakinlah dengan pertolongan Allah kerana kemenangan itu pasti datang jika kita dada kita dipenuhi cahaya iman dan taqwa.

Allah Berfirman dalam Surah Al Anfaal pada Ayat 9. Au'zubILLAHi minas syaitonirrojim. "(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut." ShodaqALLAhul'Azim

Lagi dalam Surah As Shaff pada Ayat 13. Au'zubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. " ShodaqALLAhul'Azim.

Berjuanglah dengan penuh keikhlasan. Nescaya kemenangan akan menjadi milik kita. Allah Berfirman lagi dalam Surah Muhammad pada Ayat 7. Au'zubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " ShodaqALLAhul'Azim.

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia