Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Sabtu, 8 Ogos 2009
Bangau Oh Bangau ....
Arak oh arak, macam macamana kau boleh ada?
macam mana aku boleh ada, ada kedai jual.
kedai oh kedai, macamana kau boleh jual arak?
macam mana aku boleh jual arak, aku dapat lesen.
lesen oh lesen arak, siapa yang bagi luluskan engkau?
macam mana aku tak diluluskan, ada menteri yang bagi.
menteri oh menteri, kenapa kau luluskan lesen arak?
macamana aku tak luluskan lesen arak, memang minuman aku,
memang minuman aku .... wakakakaka
Arak merupakan ibu segala maksiat dan punca segala perbuatan dosa. Ingatlah apa yang telah terjadi kepada seorang 'Abid yang hebat yang bernama Barshisa yang akhirnya matinya sebagai seorang kafir setelah ia mabuk kerana meminum arak atas tipu daya iblis. Sudah tentu meminum arak adalah dosa yang amat besar.
Sebagaimana yang Allah telah Firmankan dalam Surah Al Baqarah Ayat 219. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[136] dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, " ShodaqALLAHul'Azim.
[136]. Arak dan segala jenis minuman yang memabukkan.
Nabi S.A.W juga pernah mengingatkan dalam sebuah hadisnya:
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. pernah ditanya tentang arak dari madu. Beliau menjawab: " Setiap minuman yang memabukkan adalah haram ". (Shahih Muslim No.3727)
WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan