Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 10 Ogos 2009

Pesanan Kesihatan


Pesanan kesihatan ini dibawakan khas oleh: Sekreteriat Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Perak

Pastikan anda mengambil langkah-langkah keselamatan ini bagi menghadapi wabak Influenza A (H1N1)
  • Tutup mulut dan hidung anda ketika batuk dan bersin dengan tisu. Pastikan tisu dibuang di dalam tong sampah yang tertutup.
  • Kerapkan membasuh tangan dengan air dan sabun terutamanya selepas anda batuk dan bersin. Pencuci alcohol juga boleh digunakan bagi tujuan ini.
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut anda kerana jangkitan mudah merebak melalui cara ini.
  • Cuba elakkan diri daripada mendekati orang sakit terutamanya mereka yang mempunyai symptom Influenza A (H1N1).
  • Elakkan keluar rumah selama 7 hari daripada hari pertama tanda-tanda jangkitan mula dirasai. Anda hanya boleh keluar rumah selepas 24 jam bebas daripada tanda-tanda jangkitan untuk mengelakkan virus merebak menjangkiti orang lain.
Bagi orang dewasa, tanda-tanda jangkitan yang memerlukan perhatian segera oleh pihak Hospital dan Klinik Kesihatan ialah:
  • Kesusahan bernafas atau semput.
  • Sakit dan tekanan di bahagian dada.
  • Pening secara tiba-tiba.
  • Kekeliruan.
  • Muntah yang berterusan atau membahayakan.
  • Demam dan batuk dengan lebih teruk walaupun telah bebas daripada tanda-tanda selsema.
Hotline Jabatan Kesihatan Negeri Perak (8.00 pagi-5.30 petang)
05-2084200, jknperak@prk.moh.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia