Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Isnin, 17 Ogos 2009
Kembalilah kepada Jema'ah PAS
Ustaz Akhill Hayy, saranan dan dakwah mAklonG, kembalilah kepada pangkuan PAS secara serius sebagaimana dulu-dulu. Apa pun, tahniah kepada Ustaz Akhill Hayy kerana selamat diijab kabulkan dengan Waheeda. Klik sini. Waheeda pun dah pencen menyanyi. Lepas ni boleh kot Muslimat PAS ajak Waheeda berjuang dan bergiat dalam PAS. Dunia Ustaz Akhill kini disinari cahaya baru dan cahaya itulah mudah-mudahan Ustaz Akhill boleh bergiat aktif semula. Tinggalkan dunia glamor yang dulu zaman GHHRRROOCCKK pun dah jenuh bergelumang dengan dosa-dosa glamor. Sampai bila lu nak bergelumang dengan fitnah glamor lagho tu beb?
Hakikat insan, yang mudah lupa. Hukamak pernah menyebut: Cintailah insan seadanya kerana mungkin suatu hari kamu akan membencinya dan bencilah insan seadanya kerana suatu hari kamu mungkin akan mencintainya pula. Suatu masa dulu boleh jadi kita pernah liar dan lagho, kemudian kita bertaubat, kemudian takkan kita nak buat balik perkara-perkara yang lama tu?
Allah S.W.T Mengingatkan tentang perkara ini dalam Surah Al Munafiquun pada Ayat 3. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (semula) lalu hati mereka dikunci mati; kerana itu mereka tidak dapat mengerti. " ShodaqALLAHul'Azim.
Jangan, jangan jadi macam ni .... Nabi S.A.W banyak menyebut tentang betapa peri pentingnya berpegang teguh dengan Jema'ah. mAklonG ingin memetik satu petikan Sabda nabi S.A.W dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibnul Yaman tentang pentingnya kita berjema'ah:
Dari Hudzaifah Ibnul Yaman radhiallahu ta’ala ‘anhu berkata: Manusia bertanya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada beliau tentang keburukan kerana bimbang jangan-jangan keburukan itu menimpaku. Maka aku bertanya; Wahai Rasulullah, sebelumnya kita berada di zaman Jahiliah dan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan? Beliau bersabda: ‘Ada’. Aku bertanya: Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan? Beliau bersabda: “Ya, akan tetapi di dalamnya ada dakhanun”. Aku bertanya: Apakah dakhanun itu? Beliau menjawab: “Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah”. Aku bertanya: Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan? Beliau bersabda: “Ya”, dai - dai yang mengajak ke pintu Jahanam. Barang siapa yang mengikutinya, maka akan dilemparkan ke dalamnya. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, berikan ciri-ciri mereka kepadaku. Beliau bersabda: “Mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita”. Aku bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemuinya? Beliau bersabda: “Berpegang teguhlah pada Jama’ah Muslimin dan imamnya”. Aku bertanya: “Bagaimana jika tidak ada jama’ah maupun imamnya?” Beliau bersabda: “Hindarilah semua firqah (kumpulan jema'ah) itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu”. (Riwayat Bukhari VI615-616, XIII/35. Muslim XII/135-238 Baghawi dalam Syarh Sunnah XV/14. Ibnu Majah no. 3979, 3981. Hakim IV/432. Abu Dawud no. 4244-4247.Baghawi XV/8-10. Ahmad V/386-387 dan hal. 403-404, 406 dan hal. 391-399)
Jema'ah yang mana? Lain tak bukan, jema'ah atau kumpulan yang mahu Islam didaulatkan, dinegarakan hanyalah PAS. WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Beb ini komen gue tentang ustad Rocky ni,,,, kalau dio boleh cerai kan bini kerana nak kawin dgn wassini, tak mustahil dio juga akan cerai kan wassini untuk nikah dgn pompuan lain ,,, walaubagaimana pun den doa kan mereka akan kekal sehingga salah seorg dari mereka padam,,,,,,
BalasPadamPak Oncu,
BalasPadamTakperlah, nikah halal, cerai pun harus, cumanya tak berapa digalakkan, tak kira lah samada sengaja dicari atau tidak.
Semoga yg terbaik untuk Ustd Akhil, Isteri & Ex-Ixteri.
Wsm.
fr ex-peminat.