Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Isnin, 31 Ogos 2009
UMNO : Erti Sebuah Kemerdekaan ....
SIMPANG RENGGAM: “Ramadan, Aidilfitri atau hari biasa, bagi kami semuanya sama kerana sudah biasa hidup susah tiada makanan,” kata Jumak Sinari, 54, menceritakan kedaifan keluarganya sejak empat tahun lalu. Berita lagi di sini.
Inilah erti kemerdekaan 1Malaysia UMNO. Rakyat didungukan, poket sendiri diutamakan. Yang malangnya keluarga fakir ini hidup di negeri kelahiran UMNO. Ini bukan MERDEKA tapi Amerika atau Mau Duit Kah ???? Sepatutnya, kalau dah 52 tahun merdeka, tidak ada lagi rakyat Malaysia yang papa kedana macam ni. Ini penjajahan namanya. Erti kemerdekaan bagi UMNO/BN ialah yang kroni kaya-kaya terus kaya raya, rakyat yang miskin yang tak sokong BN, biar terus mampus miskin. Sebabnya kepimpinan negara kita mengikut acuan israel yahudi, beginilah jadinya.
mAklonG teringat sejarah kepimpinan Islam yang hebat. Biar mAklonG ceritakan satu kisah ringkas, yang harapan mAklonG dapat menyedarkan puak-puak pemimpin UMNO / BN ni.
Khalifah Saidina Umar Al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang sentiasa prihatin terhadap rakyatnya yang miskin di ketika beliau menjadi khalifah (PM, Wakil Rakyat). Beliau sering meninjau-ninjau keadaan rakyatnya diwaktu malam.
Pada suatu malam beliau bersama pembantunya melalui jalan-jalan sebuah kampung yang berada di bawah pentadbiran beliau. Tiba-tiba beliau terdengar tangisan kanak-kanak yang menangis kerana kelaparan di sebuah rumah, lalu terdengarlah beliau akan kata-kata ibunya: "Tunggu sekejap nak, emak tengah masak ni. Tunggu sekejap ye." Dalam kesuraman malam, Saidina Umar meminta izin untuk masuk ke rumah itu, lalu bertanya khabar kepada wanita tua yang juga ibu kepada anak yang sedang menangis tadi. "Apakah yang ibu sedang masakkan?". "Aku cuba untuk merebus batu ini agar menjadi lembut untukku berikan kepada anakku yang sedang lapar ini."
Dalam kesuraman malam itu, ibu tua itu menceritakan tentang kepimpinan Khalifah di bawah pentadbiran tempat tinggalnya yang tidak perihatin tentang rakyatnya yang miskin yang mana wanita itu tidak kenal siapakah dia Umar Al-Khattab yang sebenarnya. "Inilah aku." bisik hati Saidina Umar sambil menitiskan airmatanya kerana merasa berdosa terhadap perilakunya selama ini kerana beliau tidak tahu ada rakyatnya yang sebegini miskin dalam negerinya.
Pada keesokan harinya, Saidina Umar pergi ke Baitul Mal dan kembali ke rumah wanita tua itu dengan membawa beberapa guni gandum dan perbelajaan untuk menampung keluarga miskin itu sambil berkata: "Aku lah Umar, Khalifah yang engkau maksudkan semalam."
Persoalannya adakah pemimpin kita yang macam ini ???? Allah Berfirman dalam Surah Al Ahzab pada Ayat 72. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, " ShodaqALLAHul'Azim.
[1233]. Yang dimaksud dengan amanah di sini ialah tugas-tugas keagamaan dan kepimpinan.
WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan