Fir'aun mendakwa dirinya sebagai tuhan, dia menyuruh rakyatnya menyembah dan memujanya sebagai tuhan yang paling tinggi, sebagaimana yang Allah Firmankan dalam Surah An Naazi'at pada Ayat 24. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "(Lalu Fir'aun) berkata:"Akulah tuhanmu yang paling tinggi."ShodaqALLAHul'Azim.
Namun Fir'aun tidak sedar bahawa dia seorang manusia yang rapuh dan kerdil. Lalu Allah S.W.T Menempelak Fir'aun kerana ketakburannya itu dalam Surah Yunus Ayat 90 hingga 91 yang bermaksud A'uzubILLAHI minas syaitonirrojim."Dan Kami mengizinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah). Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan."ShodaqALLAHul'Azim. WAllahu'alam .....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan