Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Ahad, 9 Ogos 2009

mansuhkan ISA - Wall Street Journal


Negara negara Kuffar seperti AS, Israel sememangnya tidak setuju ada "Guantanamo Bay" selainnya. Kem Kemunting juga dianggap sebagai penjara tahanan guantanamo. Wall Street Journal juga tidak setuju dan mengarahkan supaya najib menutup Kem Kemunting dan mansuhkan ISA serta-merta. Untuk berita lebih lanjut sila klik sini.

Penjara kejam tahan tanpa bicara merupakan satu penjara yang telah diamalkan oleh kuasa kuasa besar yang zalim dan jahat lagi menentang kebenaran dan keadilan semenjak zaman Namrud dan Fira'un lagi. Penjara ini disediakan bagi mereka mereka yang menentang kerajaan, yang dianggap mengancam keselamatan negara dan bagi mereka yang menentang kezaliman dan ketidak adilan yang dilakukan oleh sang pemerintah.

Antara pejuang-pejuang Islam yang pernah dipenjarakan ialah Imam Abu Hanifah yang mahsyur sebagai Imam Yang Empat yang dipenjarakan hingga menemui ajal kerana berjuang menentang kezaliman kerajaan diketika beliau menjadi mufti kerajaan.

Allah S.W.T merakamkan tentang kisah Nabi Allah Yusuf A.S juga turut dipenjarakan kerana mempertahankan kebenarannya, walaupun diketika itu Amir atau Raja yang zalim berada dipihak yang salah. Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Yusuf pada Ayat 33. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya (kezaliman) mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."ShodaqALLAHul'Azim.

Bekas Permaisuri Fir'aun, Asiah yang juga diketika itu beriman kepada Allah S.W.T juga turut dipenjarakan oleh Fir'aun setelah Fir'aun mengetahui keimanan Asiah, bekas isterinya.
Allah S.W.T merakamkan kisah Asiah dalam Al Quran, dimana beliau merintih sambil berdoa
dalam Surah At Tahrim Ayat 11. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga Firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim."ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia