Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Isnin, 10 Ogos 2009

Khalid Ibrahim akur pada PAS ????

SHAH ALAM (8 Ogos) - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan meneruskan operasi membanteras penjualan minuman keras kepada orang Islam di negeri itu termasuk menggunakan kuasa yang diberikan bagi menangkap mereka yang terlibat. Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi (gambar) berkata, operasi itu akan dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dalam soal pelesenan premis menjual minuman keras. Untuk berita lanjut sila klik sini.

Adakah Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim akur pada PJ PAS Selangor, Dr Hasan Ali ???? Kemungkinan PAS Selangor ada membuat rundingan tertutup dengan pihak JAIS mengenai hal ini. Kalau benar maka selesailah masalah arak di Selangor. Tiada lagi desas- desus yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat goyah kerana masalah ini, insya Allah. Mudah-mudahan DAP Selangor dapat menerima situasi ini dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Amin.

Allah S.W.T pasti akan membela agama Islam ini dari diperkotak-katikkan oleh pihak musuh walaupun musuh Islam itu sendiri tidak menyukainya, sebagaimana yang Allah S.W.T Firmankan dalam Surah As Shaff pada Ayat 8 hingga 9 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. " Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (juteru itu) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya. Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama yang lain meskipun orang musyrik membencinya."ShodaqALLAHul'Azim.

Kita sebagai penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat mesti berhati-hati dengan serangan perang saraf yang dilakukan oleh UMNO/BN yang mana Tan Sri Muhyiddin Yassin menggembar-gemburkan isu arak sebagai tanda perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Untuk berita lanjut sila klik sini.

Allah S.W.T telah Mengingatkan kepada kita supaya berhati-hati terhadap tipu daya musuh di dalam ....

Surah Ali Imran pada Ayat 120. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi Jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." ShodaqALLAHul'Azim.

Allah S.W.T Berfirman lagi dalam Surah Al An'aam pada Ayat yang ke 123. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya." ShodaqALLAHul'Azim.

Lagi dalam Surah At Thaariq pada Ayat 15. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

1 ulasan:

  1. Pergi Jahannam la UMNO. Muhyiddin berani cakap pada wartawan kat Perth, Australia je. Takder telur, mana berani sembang kat sini. Sembang deraih... waaargghhkkkk ptuuiihhh !!!!

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia