Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Selasa, 18 Ogos 2009

Kamarul Ramizu Kalah Sebelum Bertanding


Berpunca lambat untuk menghantar borang penamaan calon, Kamarul Ramizu Idris yang bertanding atas tiket Bebas tidak dapat bertanding dalam PRK N11 Permatang Pasir kali ini. MStar Online melaporkannya di sini. Akhirnya, pertandingan dua penjuru sahaja yang akan berentap pada hari pembuangan undi iaitu di antara PAS dan BN. Hanya calon mewakili dua parti itu sahaja yang menyerahkan borang penamaan calon apabila sesi serah borang selama sejam ditutup 10 pagi tadi. BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala PAS pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man. Terpulang pada kewarasan pengundi untuk memilih wakil rakyat bagi mereka. Bagi mAklonG sudah tentulah calon yang telah dipilih oleh Allah dari kalangan orang-orang yang baik, iaitu Ustaz Salleh Man. Takbir !!!! Allahu Akbar ....

Dalam bab memilih pemimpin ni, Allah SWT telah memerintahkan agar kita memilih pemimpin dengan kebijaksaan dan kewarasan akal dengan berpandukan Al Quran. Allah Berfirman dalam Surah At Taubah pada Ayat 23 yang bermaksud: AuzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi pemimpin(mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

2 ulasan:

  1. ;Che'Det : BN Pilih Calon Kantoi. Muhyidin Nafi, Zahid Nafikan mereka kata itu calun terbaik. Nampaknya UMNO dah tak ada yang baik. Salam Ziarah dari ana. Aana link kan anta punya blog kat ama. Layari blog ana
    .Sila klik
    .
    .http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana sudi singgah ke blog ana. Ana sudah pautkan pautan enta pada section BLOG PILIHAN ana ;)

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia