Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 14 Ogos 2009

Ceramah Kesedaran H1N1


IPOH TIMUR - Alhamdulillah satu ceramah tentang Kesedaran Mengenai Bahaya Influenza A H1N1 dan cara menanganinya telah diadakan jam 9.30 malam di Surau Temara, Tmn Seri Sayang malam tadi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Professor Dr. Hj. Shaharuddin Abd Aziz yang diundang khas dari Kolej Perubatan Kuala Lumpur. Majlis ini sebelumnya juga disertai dengan solat hajat secara berjama'ah yang diimamkan oleh Ustaz Talhah juga merupakan penyampai kuliah maghrib yang telah diadakan dalam surau yang sama. Majlis yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kawasan Ipoh Timur ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat di sekitarnya.

Antara pengisian ceramah ini ialah tentang kesedaran bahayanya wabak dan virus yang terkandung dalam Selsema Babi atau Influenza A H1N1. Professor Dr menerangkan secara terperinci, langkah-langkah pencegahan, pengenalan virus, sejarah dan asal-usul virus ini datang. Professor Dr juga mengaitkan tentang hubungan manusia dan wabak ini saling berkait rapat dan penularannya berpunca dari sikap manusia itu sendiri yang mengabaikan tentang kebersihan dan pemakanan yang tidak menghiraukan tentang halal dan haram serta mengaitkannya dengan Islam. Beliau juga mengingatkan tentang virus ini merupakan satu bala dari Allah S.W.T terhadap sikap manusia yang semakin berani mencabar Kekuasaan Allah.

"Setakat ini tiada ubat yang dapat menyelamatkan dan merawat mangsa yang terkena jangkitan virus ini. Walaupun adanya vaksin yang dapat menuetralkannya, namun ianya hanya boleh digunakan secara sementara sahaja kerana virus ini bersifat ganas dan kuat." memetik kata-kata beliau semalam.

Majlis bersurai pada jam 11.oo malam deangan diakhiri dengan majlis tahlil dan jamuan makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia