Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Rabu, 26 Ogos 2009

UMNO bencikan hukum hudud dan ta'zir

UPDATE !!!!
KUALA LUMPUR - Menteri Penjahannam Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula memuji tindakan Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan hukuman itu ditangguhkan.

Bercakap kepada pemberita sebelum menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita 2009, beliau berkata, penangguhan hukuman itu bersesuaian bagi menghormati bulan Ramadan, di samping mengelak persepsi negatif dunia terhadap negara ini. Berita lanjut di sini.

Sebenarnya apa yang diinginkan oleh Kartika ialah, beliau ingin diadili dengan cara hukuman syari'ah sebenar iaitu hudud dan ta'zir. Beliau merasakan terpanggil oleh Allah S.W.T supaya hukuman sebatan yang dijalankan secara khalayak wajib dikenakan keatasnya sebagaimana yang disyari'atkan dalam Islam.

Namun keadaan menjadi sebaliknya, apabila sebut dan jalan hukum itu diserahkan kepada kepimpinan taghut UMNO al musyrikin. Ada saja puak celaka ni berdolak-dalik dan cuba menghalang sekeras-kerasnya jika hukum hudud cuba untuk dijalankan dengan cara ditangguhkan hukuman itu. Sampai bila nak ditangguhkan ? Sampai kes tutup? Memang celaka puak-puak UMNO ni.

Begitulah keadaan UMNO yang telah memisahkan keadaan politik dengan agama dulu, kini dan selamanya sedangkan menjalankan perundangan Al Quran dan hukum-hukum Allah adalah WAJIB, sebagaimana yang Allah Perintahkan dalam Surah Al Maa-idah pada Ayat 44, 45 dan 47 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim...

44. "....Barangsiapa yang tidak menghukumkan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. "

45. "....Barangsiapa tidak menghukumkan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. "

47. "....Barangsiapa tidak menghukumkan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik[420]. "

ShodaqALLAHul'Azim.

[420]. Orang yang tidak menghukumkan perkara menurut hukum Allah, ada tiga macam:
a. kerana benci dan ingkarnya kepada hukum Allah, orang yang semacam ini kafir (surah Al Maa-idah ayat 44).
b. kerana menurut hawa nafsu dan merugikan orang lain dinamakan zalim (surah Al Maa-idah ayat 45).
c. kerana fasik sebagaimana ditunjuk oleh ayat 47 surah Al Maa-idah ini.

Apabila Tuan Guru Nik Aziz kata UMNO tak masuk syurga depa marah. Habis tu, takkan lah orang kafir, zalim dan fasik yang tersebut dalam Ayat 44, 45 dan 47 Surah Al Maa-idah yang telah termaktub dalam Al Quran itu, akan masuk syurga ????

WAllahua'alam ....

4 ulasan:

  1. just a silly komen,,,,,,,,,, pompuan tu yg paling MALANG kat muka bumi TUHAN ni,,,, puluhan ribu wanita muslim yg minum arak termasuk lah raja raja dan menteri menteri tetapi mereka kebal dan bernasib amat baik kerana tidak di tangkap........

    BalasPadam
  2. hukum didalam kitab suci alquran bukan untok membezakan darjat atau kedudokan seseorang ,wajib untok semua mengamalkan tanpa ragu ragu.orang islam patut menjalani hukum islam bagi bukan islam dberi tarbiyah yang semoleknya.

    BalasPadam
  3. Kartika tidak malang... malah beliau sebenarnya redho dengan kesalahannya.

    Positifnya disini adalah beliau redho dengan hukuman AGAR IANYA BOLEH MENDIDIK DAN MENJADI SELURUH MUSLIM DAN MUSLIMAT DI MALAYSIA AGAR MENJAUHI ARAK.

    Bayangkan jasanya apabila hukuman ini menjadi precedent case.

    Apa yang tidak mahu dan ditakuti oleh UMNO dan sekutunya adalah agar hukuman ini tidak menjadi precedent case ... kerana selepas ini setiap peminum arak islam akan menghadapi hukuman yang sama.. bayangkan menteri, artis, kerabat diraja... dll

    BalasPadam
  4. terima kasih pada semua yang sudi mengomen. Oleh kerana pautan lama pada telah di delete oleh pihak Sinar Hairan jadi mAklonG terpaksa pautkan pada pautan Berita Hairan pulak. Umno ni memang jahannam

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia