Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Rabu, 23 September 2009
7 - 0 : Bukti UMNO/BN tiada calon yang bersih
Seremban - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno harus pilih calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang. Sumber berita di sini.
Ini bermakna, bekas-bekas calon BN yang selama ini bertanding dalam siri PRK di semenanjung (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir) berhadapan Pakatan Rakyat semuanya kalah dan terlingkup kerana budaya politik kotor mereka.
Sudah terantuk baru terngadah. Bodoh UMNO ni sebenarnya. Namun apa pun majoriti pengundi sekarang ni kebanyakannya pengundi yang sudah sedar dan bijak untuk menilai calon manakah yang bersih dan yang kotor. Kerana budaya RASUAH politik telah menjadi darah daging UMNO dari dulu lagi. Jadi tidak hairanlah UMNO adalah parti rasuah dulu, kini dan selamanya. Di sini mAklong nukilkan beberapa Hadis Nabi S.A.W mengenai rasuah:
Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melaknat penyuap dan penerima rasuah dalam masalah hukum dan perundangan. Riwayat Ahmad dan Imam Empat. Hadits hasan menurut Tirmidzi dan shahih menurut Ibnu Hibban.
Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Allah melaknat perasuah, penerima rasuah dan yang memberi peluang bagi mereka. (HR. Ahmad)
Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memperingatkankan umatnya tentang peristiwa akhir zaman mengenai enam perkara: (1) diangkatnya orang-orang jahil sebagai pemimpin (penguasa); (2) terlampau banyak petugas keamanan (polis); (3) mengamalkan rasuah dalam urusan hukum; (4) memutuskan silaturahim dan meremehkan pembunuhan; (5) generasi baru yang menjadikan Al Qur'an sebagai nyanyian; (6) Mereka mendahulukan atau mengutamakan seorang yang bukan paling mengerti fiqh Islam dan bukan pula yang paling besar berjasa tapi hanya orang yang bernyanyi-nyanyian (artis). (HR. Ahmad)
WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan