GAMBAR anggota polis trafik yang diletakkan di Kilometer 395.3 arah selatan di Lebuhraya Plus berhampiran susur keluar Tanjung Malim ini kononnya bertujuan menakutkan pemandu supaya tidak memecut melebihi had laju. Persoalannya, adakah kaedah ini berkesan mendidik orang ramai mematuhi peraturan supaya nahas dapat dikurangkan kerana lazimnya pemandu akan memecut semula selepas mengetahui mereka tertipu. - Foto Effendy Rashid
Sumber gambar ni di sini. Gambar bodoh hari ni. Teringat masa kecik-kecik dulu kat bendang kan ada orang-orang (patung) yang diperbuat dari jerami padi untuk menakut-nakutkan binatang daripada memakan padi. Bila diperhatikan, direnungkan, manusia sekarang ni pun dah sama macam binatang. Kan kan kan ..... hehehehe
Allah Berfirman dalam Surah Al Furqaan pada Ayat 44 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)." ShodaqALLAHul'Azim.
WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan