Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Selasa, 22 September 2009
Calon BN Bagan Pinang: Isa Samad akan melingkupkan BN
"Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang," kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu, berkata imej UMNO akan terjejas kerana dianggap tidak serius dalam memerangi politik wang sekiranya masih meletakkan mereka yang sudah didapati bersalah dalam rasuah politik sebagai calon. Cerita lagi di sini.
mAklonG teringat akan petikan kata-kata Pesuruhjaya PAS Perak, AF Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu ucapannya yang mengatakan agenda UMNO/BN yang terkini ialah, rakyat dihulukan (dibodohkan), undang-undang dibobrokkan (dirosak dan dipinda-pinda mengikut hawa nafsu mereka) dan pemimpin-pemimpin (dipilih dari kalangan mereka) dijahatkan (yang rosak akhlaknya). Mengenai hal ini, mAklonG ingin memetik sebuah hadis yang dinukilkan dari 40 hadis peristiwa akhir zaman yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (Riwayat Ibnu Majah)
Keterangan Hadits:
Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga
tandus di segi pemikiran dan huru-hara pentadbiran negara termasuk dalam hal politik. Orang yang benar dan yang mencintai Islam akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan serta dimuliakan. Orang yang benar dan ulama tidak diberikan peluang untuk bercakap untuk memberikan penjelasan dan ilmu. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina seperti pemimpin-pemimpin yang jahat yang bersifat kotor dan sebenarnya mereka tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan rakyat.
WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan