PUTRAJAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang walaupun beliau menganggap "kerusi itu agak selamat". Sumber berita dari sini.
Perkataan "kerusi itu agak selamat" tu maknanya kurang selamat atau tidak selamat. Khairy sendiri mengakui bahawa BN mungkin akan terlingkup di Bagan Pinang. Itu yang dia harap sangat untuk menang. Kalau kalah bererti, kehancuran UMNO/BN mula menampakkan tanda-tanda kematiannya pada PRU 13 nanti. Nampaknya KJ sependapat dengan Che Det walaupun dia tak menampakkan dirinya menyokong Che Det. Che Det hingga kini berkeras tidak bersetuju Isa Samad dicalonkan di Bagan Pinang. Di sini beritanya. Namun ahli UMNO diperingkat bawahan tetap mahukan penjenayah rasuah itu dicalonkan bagi PRK ini. Bagus-bagus, perpecahan dalam UMNO ni lah yang kita inginkan. Yakinlah perjuangan munafik ini selamanya takkan dapat bersatu selagi mereka berjuang atas nama taghut dan kebangsaan.
Allah Berfirman dalam Surah Al Hashyr pada Ayat 14 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti." ShodaqALLAHul'Azim.
Nabi S.A.W juga mengingatkan:
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: "Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ". (Riwayat Ibnu Majah)
WAllahua'alam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan