Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Jumaat, 4 September 2009
BN sedang menuju ke alam kehancuran !!!!
IPOH - Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini Sabtu ini. Berita baik ini ada lagi di sini.
Seremban - ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.
Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban. Pilihanraya kecil ke 9 bakal akan diadakan. Berita lagi di siniiii.
Allah S.W.T Berfirman dalam Surah An Nashr bermula Ayat 1 hingga akhirnya. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." ShodaqALLAHul'Azim.
Masuk agama Allah di sini bukannya mengucap masuk Islam beramai-ramai, tetapi boleh juga ditafsirkan sebagai berhijrah daripada kezaliman kepada keadilan, daripada kejahatan kepada kebaikan, daripada kejahilan kepada kepandaian, daripada kegelapan kepada cahaya .... kerana Islam itu adalah cahaya.
Seorang ADUN BN dari Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia 2.30 petang tadi. Satu berita yang mengejutkan mAklonG. Ingatkan ADUN Kota Seputeh meninggal. mAklonG dok selalu berdoa naknya biarlaaaaa Abu Hasan tu mati cepat, tiba-tiba pulak UMNO/BN menjulang Abu Hasan Shariff yang tiba-tiba sihat. Terus SPR takjadi nak buat PRK kat N3 tu. Cuma ujian di N31 Bagan Pinang ini, bagi pendokong Pakatan Rakyat, kali ini nampaknya lebih berat lebih-lebih lagi bagi PAS kerana pertembungan pada 2008 dulu melibatkan antara BN dan PAS.
Namun dengan Nama Allah S.W.T, Yang Maha Merancang, Dia menggantikannya dengan Azman Mohd Noor pulak. Perancangan Allah Maha Hebat. Setelah harapan untuk kita berjuang gagal di N3, Allah S.W.T Beri peluang untuk kita berjuang di N31 (tambah angka 1 jer kat belakang 3 tu, hehehehe). Inilah tanda bibit-bibit kehancuran UMNO/BN mula menghakis sedikit demi sedikit kerana ianya telah Tercatat dalam Surah Al A'raaf pada Ayat 34 yang bermaksud.
AuzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu[537]; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya ke belakang barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) untuk meneruskannya ke hadapan." ShodaqALLAHul'Azim.
[537]. Maksudnya: tiap-tiap bangsa mempunyai batas waktu kejayaan atau keruntuhan.
Dan juga sebagai buktinya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya yang di zalimi. Takbir !!!! Allahu Akbar !!!! Allahu Akbar !!!! Allahu Akbar !!!!
WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan