Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Isnin, 14 September 2009
UMNO parti Abu Lahab
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapkan 3 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, manakala 11 Oktober hari mengundi. Sumber berita di sini.
Persoalannya, mengapa UMNO/BN sengaja melambatkan dan menangguhkan tarikh pilihanraya hingga di luar bulan Ramadhan? Telah menjadi fitrah atau ketetapan perjuangan batil, taghut dan kafir sudah pastinya akan tewas apabila berdepan dengan pejuangan Islam yang selalunya akan menang dalam pertempuran apabila sesuatu perlawanan, pertandingan dan peperangan antara Islam dan Kuffar meletus dalam Bulan Ramadhan. Sebagaimana sirah peperangan yang melibatkan Islam dan kuffar apabila bertembung dalam Bulan Ramadhan, adatnya kemenangan akan berada di pihak Islam seperti Badar Al-Kubra, penaklukan semula Baitul Muqaddis oleh An Nashir Shalahuddin Al Ayubi, dalam kedua-dua peristiwa ini, Islam memenanginya dengan kemenangan yang besar dan ianya berlaku dalam Bulan Ramadhan.
Jadi, UMNO sebagai parti Abu Lahab mengambil langkah untuk tidak mengadakan pilihanraya dalam Bulan Ramadhan. Pengalaman kekalahan UMNO/BN di Permatang Pasir dengan majoriti ciput, menyedari mereka bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan taghut, batil dan bodoh.
Allah S.W.T Mengisahkan kisah perjuangan taghut, bila mana Nabi Ibrahim A.S memotong-motong patung berhala yang disembah oleh kaumnya, dalam Surah Al Anbiyaa' pada Ayat 63 hingga 66. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Ibrahim menjawab: "Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara." Maka mereka telah kembali kepada kesedaran dan lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)". kemudian kepala mereka jadi tertunduk[963] (lalu berkata): "Sesungguhnya kamu (hai Ibrahim) telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara." Ibrahim berkata: Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak (pula) memberi mudharat kepada kamu?"" ShodaqALLAHul'Azim.
[963]. Maksudnya; mereka kembali membantah setelah sedar dari kebodohan.
Warisan sifat dan perjuangan kafir di zaman Nabi Ibrahim A.S dan perjuangan Abu Lahab di zaman Nabi S.A.W telah ada di zaman kita ini. Siapa dia tu .... ????
WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PENDEKAR MUSTAR DARI PINANG SEBATANG BERSILAT SAMBIL BERKATA PADA BUJANG LAPUK..." MEREKA INI PENCURI YA ROS...WOOOOHH, KALAU PENCURI LANGKAHNYA INI MASAM..." SAMBIL MENGHUMBAN PENUMBUK BELIAU MENGOYANGKAN PUNKOKNYA.SOOO APA TUNGGU LAGI ORANG BAGAN PINANG,,AZIZ DAH WISEL,,APALAIE JOM KITA HUMBAN KE LAUT TOKEY SAMPAN DAN JUAK-JUAK NYA.
BalasPadam