Oleh Yaakub Hasan (bekas wartawan veteran Utusan Malaysia).
Kita seringkali mendengar perkataan "fitnah" dan selalu Diingatkan Allah dan Rasul Nya, Nabi Muhammad S.A.W. supaya jangan kita termasuk di dalam golongan orang yang suka menyebar fitnah, kerana tindakan tersebut boleh membawa ke jalan kesesatan yang lebih jauh.
Ia merupakan suatu perkataan yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita, malah boleh dikatakan rata-rata dapat memahami bahawa fitnah adalah perbuatan "mengeluarkan perkhabaran" yang boleh menimbulkan implikasi buruk dan keji.
Lantaran fitnah merupakan suatu perbuatan dusta dan sikap tidak jujur yang berkait rapat dengan penyebaran berita palsu, samada kepada masyarakat atau orang perseorangan, maka orang ramai ditegah dengan keras dari melibatkan diri dalam kegiatan tersebut.
Akibat sesuatu tuduhan yang tidak berasas antara satu sama lain boleh menimbulkan perselisihan dan pergaduhan sehingga, adakalanya membawa maut kepada manusia apatahlagi dikalangan umat Islam sendiri.
Justeru, Allah S.W.T telah mengingatkan dalam Firman Nya yang bermaksud: "Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya." (QS Al Anfaal : 25)
Dalam kaitan ini kita diingatkan supaya sedar bahawa membiarkan perbuatan maksiat berkembang di dalam masyarakat akan lebih membawa bencana fitnah, bukan sahaja kepada orang-orang yang berdosa, malah meliputi juga anggota masyarakat umum yang tidak berdosa.
Setiap muslim bukan sahaja diwajib menjauhkan diri daripada perbuatan yang dilarang Allah, bahkan berkewajipan juga dalam usaha mencegah perbuatan itu daripada merebak berleluasa di dalam masyarakat.
Sesungguhnya, perbuatan menabur fitnah adalah suatu tindakan yang boleh memesongkan iman seseorang. Ini bermakna penyebaran fitnah dan berita palsu yang telah dipesongkan dari kenyataan, menimbulkan impak yang amat buruk.
Lantaran itu Allah Berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang memesongkan orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar." (QS Al Buruj : 10)
Oleh itu sebagai seorang muslim yang melakukan sembahyang, puasa, sedekah dan amar ma'aruf nahi mungkar umumnya, sepatutnya berhati-hati supaya tidak terjerumus ke dalam lembah fitnah yang merbahaya ini.
Atau dengan kata lain, setiap kata yang diucapkan, setiap langkah dan tindak-tanduk untuk menyebarkan satu berita, hendaklah dijauhi dari semua bentuk fitnah. Begitu juga dengan orang ramai perlu berwaspada ketika mendengar, membaca suatu perkhabaran yang dibawa kepadanya bagi menentukan sama ada ia merupakan kenyataan atau berita palsu yang berbaur fitnah. Kerana ia berlaku sedemikian rupa, orang lain pula yang mendapat bencana, tetapi orang yang melakukan fitnah itu sendiri akan turut sama menghadapi kemurkaan dan kutukan Allah.
Ini selaras dengan Firman Allah dalam Surah Al Hujuraat Ayat 6 hingga 7 yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak ditimpakan suatu musibah (bala bencana) kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS Al Hujuraat : 6 - 7)
Bagi memelihara keharmonian dan kemesraan di kalangan semua anggota masyarakat muslim, maka setiap umat Islam digalakkan bertanggungjawab bersama menjadikan peraturan dan disiplin Islam sebagai landasan hidup.
Perlaksanaan dan kepatuhan disiplin ini tidak seharusnya didasarkan kepada bangsa dan warna kulit atau tinggi rendahnya status seseorang dalam masyarakat. Ini kerana hak untuk mendapatkan keharmonian dan kemesraan bermasyarakat adalah hak semua orang terutama masyarakat Islam.
Islam tidak sesekali merestui sesebuah mahligai yang dibina di atas keruntuhan umat Islam yang lain. Sebagai Umat Islam kita mempunyai pemimpin besar iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Justeru, jangan hendaknya pendapat kita (manusia) mendahului pendapat atau pentadbiran Rasulullah. Kalau Baginda Rasulullah S.A.W melakukan pentadbiran berdasarkan kehendak hawa nafsu manusia sahaja tentulah kita akan mengalami kerosakan besar dalam perjalanan hidup seharian.
Satu perkara yang perlu diingat ialah Rasulullah S.A.W tidak melakukan sesuatu dengan menurut kehendak manusia melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya. Dan kita juga harus bersyukur kerana dilahirkan dalm keluarga Islam yang tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.
Surat khabo tu baca buleh, percaya jangan ....
BalasPadamsurat khabar buat bungkus nasi lemak...
BalasPadamPAS dakwah untuk Hindu bina tokong & berhala
BalasPadam