Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Jumaat, 18 September 2009

Perutusan 'Eidul Fitri Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat


Alhamdulillah, pada kesempatan ini saya bagi pihak warga DMPP mengucapkan selamat menyambut dan merayakan Eidulfitri kepada seluruh umat Islam, walau di mana pun mereka berada. Terutamanya kepada umat Islam warga Malaysia.

Setelah kita bersama-sama menghayati sebulan Ramadhan dengan menjalani ibadah puasa yang tujuannya adalah untuk menjadikan kita antara orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Semoga kita merayakan kedatangan 1 Syawal dengan meriah serta mengikut tatacara yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.

Mudah-mudahan juga kemeriahan Eidulfitri yang kita kecapi mengikut syariatNya akan dapat menjadikan kita semua sebagai hamba-hambaNya yang diredhai dan dikasihi. Semoga kita juga sentiasa dirahmatiNya dan menjadi hamba-hambaNya yang akan melaksanakan setiap titah perintahNya di dalam semua ruang lingkup aktiviti kehidupan kita seharian.

Pada kesempatan ini juga marilah kita sama-sama berdoa agar Allah s.w.t memberikan kekuatan kepada seluruh umat Islam serta memudahkan segala urusan untuk dapat meletakkan Islam pada tempat yang sewajarnya. Islam yang dapat berkuasa memerintah dengan penuh keadilan, aman dan sejahtera. Oleh itu segala bentuk kezaliman yang berleluasa di bumi ini akan dapat dibendung.

Akhirnya ucapan berbanyak kemaafan jua dipohon dan diharapkan atas segala kesilapan dan kesalahan yang sengaja mahupun yang tidak sengaja di sepanjang khidmat yang telah diberi di dalam rangka menyempurnakan tuntutan amanah berjamaah.

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua DMPP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia