Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Rabu, 16 September 2009
INI ADALAH PERINTAH ALLAH S.W.T
BANDA ACEH – Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas undang-undang syariah diluluskan semalam. Sumber berita di sini.
Allah memerintahkan manusia supaya melaksanakan perundangan ini. Inilah undang-undang dan peraturan hukum yang paling adil dan ianya baik untuk manusia. Allah Yang Menciptakan Manusia dan sudah semestinya Allah Menciptakan perundangan ini baik untuk manusia. Apakah Allah tidak tahu tentang apa yang telah diciptakannya ???? Lagi di sini.
Allah Berfirman dalam Surah Al Qashash pada Ayat 85 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali[1142]. Katakanlah: "Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata." ShodaqALLAHul'Azim.
[1142]. Yang dimaksudkan dengan tempat kembali di sini ialah syurga. Ini adalah suatu janji dari Allah bahawa kejadian asal manusia iaitu Nabi Adam A.S diciptakan di syurga dan tempat kembali itu bermaksud syurga. Ada juga ulama' mufassirin mengatakan tempat kembali itu ialah Kota Mekah dimana tempat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dan Allah menjanjikan baginda akan kembali ke Mekah sebagai orang yang menang, dan ini sudah terjadi pada tahun kelapan hijrah di waktu Nabi S.A.W menakluki Mekah. Ini merupakan suatu mukjizat bagi Nabi S.A.W.
WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan