Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Rabu, 9 September 2009

Jangan Dilepaskan Anjing Yang Tersepit !!!!


KUALA KRAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO bersedia untuk berunding dengan Pas demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, kesediaan untuk berunding dan mengadakan perbincangan dengan Pas juga adalah demi membangunkan umat Islam. Berita lagi di sini.

Menerima pelawaan mereka ibarat melepaskan anjing yang tersepit. Setelah dilepaskan, percayalah anjing ini akan menggigit kita pula. Pentadbiran UMNO/BN yang Najib Altantuya selaku KETUA nya semakin terdesak dan tersepit dengan pelbagai masalah yang juga melibatkan negara turut menjadi sasaran huru-hara dan masalah, sebagai contoh masalah negara terbaru yang melibatkan negara jiran. Berita di sini. Ini semua kerana berpunca dari dosa-dosa UMNO/BN yang turut kena terpalit kepada kita selaku rakyat negara ini.

Allah Berfirman dalam Surah Al Anfaal pada Ayat 25 yang bermaksud : A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya. " ShodaqALLAHul'Azim.

KUALA LUMPUR, 8 Sept: PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepit. Berita lagi di sini.

Ternyata perjuangan melibatkan kaum atau kesukuan tidaklah sama dengan Perjuangan Islam dan ianya amatlah berbeza dari segi dasarnya.

Nabi SAW memberi amaran tentang orang yang berjuang atas dasar perkauman dalam satu sabdanya: "Barangsiapa menolak ketaatan (membangkang) dan meninggalkan jama'ah (Islam) lalu mati maka matinya jahiliyah, dan barangsiapa berperang di bawah panji (bendera) nasionalisme (kebangsaan atau perkauman) yang menyeru kepada fanatisme atau bersikap marah (emosi) kerana mempertahankan fanatisme (golongan sesuatu kaum) lalu terbunuh maka tewasnya pun jahiliyah." (HR. An-Nasaa'i)

WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia