Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Isnin, 28 September 2009
Undang-undang dibobrokkan, Rakyat Dibodohkan
Kuala Lumpur - Tindakan menyerahkan memorandum untuk memanggil satu penyiasatan segera terhadap kematian dalam penjara A Kugan kepada Istana Negara, semalam, gagal setelah polis tidak membenarkan lebih dari tiga orang berjumpa dengan wakil istana.
”Orang ramai haruslah menghormati kediaman Yang di-Pertuan Agong dan peraturan-peraturan negara,” kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi di sini, semalam. Berita ada di sini.
Inilah slogan 1Malaysia jahannam UMNO. Mana dia Rakyat Didahulukan ???? Mana ???? Undang-undang ni siapa yang buat ???? Sampai bilakah kes pembunuhan kejam terhadap A Kugan yang dibunuh dalam lokap polis ini akan terbela ????
Nabi S.A.W bersabda:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa yang zalim) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".
(Riwayat Muslim)
Keterangan hadits :
Kebenaran sabdaan Rasulullah S.A.W ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan penguasa seperti polis dan sebagainya yang suka memukul orang dengan cemeti dengan menyiksa orang dalam tahanan tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba dan undang-undang ciptaan mereka sendiri serta meninggalkan Undang-Undang Islam. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan di rambutnya digerbangkan serta ada sanggul yang besar, seperti goh unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.
p/s mAklonG : Cuba perhatikan rambut bini Najib dan bini Rais Yatim, macamana ?
WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan