Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 26 September 2009

Mahathir akan keluar dari UMNO ????



Akhir-akhir ini kenyataan-kenyataan Tun Dr. Mahathir seolah-olah beliau masih presiden Umno. Terbaru berkaitan dengan siapa calon Umno di pilihanraya kecil Bagan Pinang. Berita dan ulasan yang berkaitan dengan Dr. Mahathir kebelakangan ini seperti mengulangi episod 'perang dingin' Dr. Mahathir-Pak Lah tidak lama dulu yang membawa kepada keluarnya beliau dari Umno. Sumber cerita dari sini.

Sebenarnya sebelum ini pun beliau pernah keluar dari UMNO pada 26 September 1969 pada zaman Tunku Abdul Rahman dulu kerana dipecat keahliannya. Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Ceritanya di sini.

Setelah selama 22 tahun menjadi PM (Perosak Melayu) dan diganti oleh Pak Lah Orang Badwi. Pada 19 Mei 2008, sekali lagi beliau keluar dari UMNO kerana beliau tidak bersetuju gaya perjalanan parti kebangsaan itu yang dipimpin oleh Pak Lah. Memetik kata-katanya, bahawa beliau takkan masuk UMNO sekiranya Pak Lah masih memimpin parti bangang itu. Ceritanya di sini.

Namun, akhirnya Mahathir Mohammad Kutty ni menjilat ludahnya semula pada 04 April 2009 kerana lega Pak Lah dah berambus dan kemasukan semula beliau ke dalam UMNO dengan harga RM 2 itu, menggembirakan Najib Altantuya bersama ahli-ahli UMNO yang bangang diketika itu. Ceritanya di sini.

Perkembangan karier politik orang tua nyanyuk ni memang mengarut dan dah macam biskut chipsmore. Kejap ada dalam UMNO, kejap takde. Kejap masuk kejap nak keluar balik.

Lebih kurang macam Chua Soi Lek pulak. Dulu Soi Lek pun pernah dipecat keahlian MCA nya disebabkan masalah moralnya yang terlibat dengan skandal dvd lucah yang berlaku pada hujung 2007.

Pada Januari 2008, Chua melepaskan semua jawatan yang disandang sebagai hukuman kepada perbuatan sialan beliau. Namun pemilihan parti MCA Oktober tahun lalu menyaksikan Chua di lantik semula ke Timbalan Presiden MCA selepas meraih sokongan kuat dari akar umbi. Sekarang ni apa jadi? Kena pecat balik. Sekali lagi isu dvd lucah tu dibongkar balik.

Macam-macam karenah la UMNO/BN ni ....

3 ulasan:

  1. Akidah macam lalang. Lalang ni eloknya diracun. dah mati kering pas tu bakor je ....

    BalasPadam
  2. سُوۡرَةُ التِّین
    لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ (٤) ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ (٥)
    Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5)
    Adakah Mahathir dah termasuk gulungan ini

    BalasPadam
  3. Ye le kot.

    وَمَن نُّعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ ۖ أَفَلَا يَعْقِلُونَ

    Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (QS Yasiin : 68)

    BalasPadam

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia