Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Selasa, 15 September 2009
Perjuangan Mesti Diteruskan !!!!
Taiping - Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman bersama empat lagi tahanan akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini. Berita lanjut di sini.
Alhamdulillah, pertama-tamanya mAklonG syukur ke hadrat Allah S.W.T dan mAklonG tumpang gembira. Tahniah mAklonG ucapkan pada Kak Norlaila Othman selalu aktivis tegar Gerakan mansuh ISA atas pembebasan suami beliau, Mat Sah Mohd Satray.
Namun kita sebagai pejuang anti kezaliman, mesti ingat mainan tipu helah licik jahat UMNO/BN, tindakan pembebasan Mat Sah ini juga, boleh juga dikatakan sebagai serampang dua mata. Maklumlah nak pilihanraya lepas raya ni.
Allah Berfirman dalam Surah Al An'aam pada Ayat 112 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)[499]. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan." ShodaqALLAHul'Azim.
[499]. Maksudnya syaitan-syaitan jenis jin dan manusia berupaya menipu manusia agar tidak beriman kepada Nabi.
Perjuangan menentang kezaliman hendaklah diteruskan sebagaimana yang pernah disabdakan oleh Nabi S.A.W. : "Jihad (dalam menentang kezaliman) akan terus berlangsung semenjak Allah mengutusku menjadi rasul hinggalah sampai pada saat yang terakhir dari umat ini memerangi Dajjal ...." (HR Abu Dawud)
WAllahua'alam .....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hahahaha ... pilihanraya, baju raya, jalanraya, suami raya, syukur Alhamdulillah ....
BalasPadamBanjirrrrrrrrrrrrr beb hahahahahahahahah!!!!
BalasPadam