Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 10 September 2009

UMNO Telah Memotong Tali Allah


KOTA BHARU, 8 Sept (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tidak perlu mengadakan sebarang rundingan dengan Umno selagi ia mengamalkan dasar kebangsaan. Berita lagi di sini.

Najib mempersoalkan kenapa PAS mempersoalkan tentang akidah UMNO. Berita lagi kat sini. Memang akidah UMNO begitu. Akidah yang memisahkan Islam dengan Iman. Memisahkan Syi'ar dengan Syari'at. Memisahkan Politik dengan Islam. Orang-orang yang berakidah seperti ini akan menjerumuskan dirinya ke neraka. Allah S.W.T telah memberi kita sebagai manusia untuk memilih antara dua jalan. Syurga dan neraka.

Allah telah Berfirman di dalam Surah Al Balad pada Ayat 10 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan[1578]," ShodaqALLAHul'Azim.

[1578]. Yang dimaksud dengan dua jalan ialah jalan kebajikan iaitu syurga dan jalan kejahatan iaitu neraka.

Pandai pulak puak-puak yang tengah tersepit ni mempersenda Ayat-Ayat Allah demi kerana kepentingan mereka. Ayat telah Tersebut dalam Surah Ali Imraan pada Ayat 103. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, .... " ShodaqALLAHul'Azim.

Tali di sini bermaksud agama Islam yang merangkumi semua aspek hidup seorang yang beriman. Agama bererti Ad Din, "cara hidup" atau Millah. Sebagaimana yang Allah Rakamkan dalam Surah Al Baqarah pada Ayat 120 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan (tentang kejahatan mereka) datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." ShodaqALLAHul'Azim.

Lagi Allah Berfirman dalam Surah Al Baqarah juga, pada Ayat 208 yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." ShodaqALLAHul'Azim.

Lagi tentang definisi Tali Allah, agama dan cara hidup, Allah Firmankan dalam Surah Ali Imraan pada Ayat yang ke 85 yang bermaksud. A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." ShodaqALLAHul'Azim.

Persoalannya sekarang, berapa banyak tali Allah yang puak-puak UMNO ni dah potong ???? Salah satu tali yang telah UMNO potong itu ialah Politik dan Islam. Awal-awal lagi dah kena potong dan putus-putus. Dah tentu lah bercerai berai jadinya. Bagi kita, PAS tetap akan berpegang dengan tali Allah itu kerana perjuangan PAS ialah Islam. Berbeza dengan UMNO, perjuangan atau dasarnya adalah Ashobiyyah, kebangsaan atau perkauman. mAklonG ingin memetik kata-kata Tuan Guru Mursyidul Am, beliau berkata: "PAS dan UMNO memang tidak boleh bersatu sebagaimana minyak dengan air. "

WAllahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia