Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias
Isnin, 21 September 2009
Samy Vellu Tertekan !!!!
PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menyatakan kesediaannya untuk berundur dan menyerahkan tampuk kepimpinan parti itu pada bila-bila masa sahaja, "termasuk esok" jika timbalannya, Datuk G. Palanivel sanggup menerajui parti itu. Sumber berita di sini.
Setelah percakaran antara Che Det dengan MIC kerana berpunca isu kalungan selipar dan juga sebelum ini MIC dengan tegas melaungkan Che Det jangan campur urusan parti mereka, akhirnya Samy Vellu akur dengan tekanan yang diasak oleh Najib dan Che Det yang menganggap Samy Vellu merupakan liabiliti kepada BN.
Kesimpulannya, perjuangan taghut yang tidak berpaksikan kepada akidah tauhid senang sangat untuk digoyang dan ditumbangkan. Diugut dan dibeli, layulah keperibadiannya.
Kekuatan satu-satu perjuangan yang berpegang teguh kepada akidah tauhid ibarat seperti petikan hadis Nabi S.A.W yang menceritakan tentang keutamaan para sahabat, bermaksud: “ .... pohon yang akarnya menjunam ke bumi dan cabangnya menjulang ke langit .... ” (Sahih Muslim Hadis no. 4536)
Sudah pasti sakhsiah atau keperibadian satu-satu perjuangan itu akan mantap dan teguh jika bertunjangkan kepada akidah tauhid. Jika sebaliknya pula, Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Ibrahim pada Ayat ke 26 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Dan perumpamaan kalimat yang buruk[787] seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) walau sedikitpun. " ShodaqALLAHul'Azim.
[787]. Termasuk dalam kalimat yang buruk ialah perkataan kufur, syirik, segala perkataan yang tidak benar dan perbuatan yang tidak baik.
WAllahua'alam ....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan