Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Khamis, 17 September 2009

babi belum pergi nyamuk pulak dataaangggg !!!!


KUALA LUMPUR: Sejumlah 478 kes demam denggi dilapor kepada Kementerian Kesihatan dari 6 Sept hingga 12 Sept, peningkatan 68 kes atau 17 peratus berbanding jumlah kes pada minggu sebelumnya yang mencatat 410 kes. Sumber berita di sini.

Bala selsema babi belum lagi selesai dan kes kematian terbaru semalam meningkat kepada mangsa yang ke 76, kini datang pula bala lagi yang dulunya mula senyap datang menyerang kembali dan bakal meragut nyawa. Semua ini adalah peringatan dari Allah. Satu demi satu Allah akan binasakan rakyat Malaysia perlahan-lahan sekiranya kita masih lagi redha dengan kezaliman yang berlaku di sekeliling kita sekarang.

Sebagai contoh: "Apa bezanya Nizar dengan Zambry? sama je, takde apa-apa perbezaan pun." Ini perkataan orang yang redha dengan kezaliman. Oleh kerana perkataan inilah Allah akan terus menurunkan bala penyakit selaku tentera Allah yang akan membinasakan orang-orang yang masih tidak mengambil peduli tentang kezaliman yang tersembunyi yang sedang dan akan dilakukan oleh penguasa-penguasa zalim seperti siapa lagi kalau bukan, UMNO/BN.

Allah Berfirman dalam Surah Al Fath pada Ayat 4 yang bermaksud, AuzubILLAHi minas syaitonirrojim. "..... Dan kepunyaan Allah-lah tentera langit dan bumi[1394] dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana," ShodaqALLAHul'Azim.

[1394]. Yang dimaksudkan dengan tentera langit dan bumi ialah penolong yang dijadikan Allah sebagai tanda kekuasaan Nya seperti malaikat-malaikat, binatang-binatang, angin taufan, penyakit berjangkit dan sebagainya,

WALLAHua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia