Isteri Kepada Ulil Amri UMNO - Perwakilan UMNO Jelebu, Datuk Jamaluddin Alias

Sabtu, 26 September 2009

Isa Samad mula kemaruk nak jadi calon


PORT DICKSON 25 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober ini. Berita lagi di sini.

Sudah menjadi lumrah pencalonan apa sahaja jawatan dalam UMNO, ahli puak jahiliah ni berebut-rebut untuk menjadi calon. Kenapa jadi macam tu ???? Sebabnya ada "masyuukk" dan harta amanah untuk rakyat dijadikan perniagaan yang menguntungkan. Sedangkan jawatan itu adalah amanah. Amanah yang semestinya akan ditanya di mahkamah agung Allah kelak. Jangan adanya dikalangan pendokong Islam, umumnya PAS ada yang seperti ini.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Ahzab pada Ayat
72 yang bermaksud: A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim."Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, " ShodaqALLAHul'Azim.

Rasulullah S.A.W juga mengingatkan: "Jawatan (kedudukan) pada permulaannya penyesalan, pada pertengahannya kesengsaraan (penyesalan hati) dan pada akhirnya azab pada hari kiamat." (HR. Ath-Thabrani)


Keterangan:

Hal tersebut kerana dia menyalahgunakan jawatannya dengan berbuat yang zalim dan menipu (rasuah dll).


WAllahua'alam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS

BANTULAH BEKAS AKTIVIS PAS CAWANGAN KG SERI KINTA INI - KLIK KANAN DI GAMBAR UNTUK SAIZ LEBIH JELAS
HASANUDDIN BIN MD ALI - AKAUN MAYBANK - 108039075015

Tuan Guru Nik Aziz antara 500 ulama yang hebat di dunia